Pengikut Tinta Putera

Thursday, August 18, 2011

Bacalah dengan nama Tuhanmu.

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar uolss?? semoga uolss-uolss sehat hendaknya ya... **retis kan statement??

Alhamdulillah...semalam merupakan hari ke 17 weolss berpuasa kan...malah pada hari yg sama weolss menyambut Sambutan Nuzul Quran....

**maafkan ai sebab ai ta hapdet semalam..YES 4G ai ala-ala ketandusan credit...=_='

Anyway...di kesempatan ini ai na berkongsi sikit apa itu Nuzul Quran dan sejarahnya...mari kita hayati..

(mode : Imam Muda)

*********************************************************************************************


Nuzul Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah s.a.w sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.


Malahan perkataan Nuzul itu diambil daripada Bahasa Arab yang bermaksud penurunan dan Al-Quran adalah kitab petunjuk kepada sekalian umat Islam hingga hari kiamat.


Penurunan Al-Quran tidak berlaku sekali gus tetapi mengambil masa selama 23 tahun yang dimulakan dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq yang bermaksud :


"1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.


*********************************************************************************************

So..ai harap dengan sedikit info yang ada ni...dapat menjadikan weolss Muslim yang berjaya dunia akhirat...InsyaALLAH....


"Selami akal , selami minda , selami lautan yang dalam dengan alat bantuan menyelam..."

Sekian!!





Tuesday, August 16, 2011

The Best Pianist that I knew..

Assalammualaikum w.b.t

Matilerrr ari ni ai ala-ala emo na post bebanyak...almaklumlah..meroyan kan bebulan pose ni...sekali lagi..AI KEJI kan....dammit....

Anyway..uolss semua...ai na perkenalkan uolss dengan seorang pianist....

Hah..mula la tu muka blur memasing...PIANIST merujuk kepada orang yang bermain piano yer...so..kalu uolss pandai main piano...ai akan panggil uolss PIANIST...kalo uolss pandai main biola...ai panggil uolss...hmmm..hmm...ZIONIST boley??

**choiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Baekkla...ai mula mengenali alunan piano beliau tatkala ai sedang melayari utube utk mencari lagu Sedetik Lebih..mana taknya..time tu ai ala-ala teruja dengan video klip tu....jadi makanya...dengan penuh konpiden ai pon type la dekat search tab SEDETIK LEBIH...tetiba..ai ternampak satu klip yg ada tangan dan piano...maka..inilah dia...



So..beliau adalah Hazman Halid yang sangat berbakat dan sentiasa menceriakan ai dan insan-insan yang berhati walang dengan alunan piano beliau...so..all the best brother!!

ini fanpage facebook beliau

Cerita Masjid dan Kedai Kopi

Assalammualaikum uolsss!!!

Alhamdulillah da selamat 16 hari kita berpuasa..dan malam ini bermakna malam yang ke 17 kita akan menjalankan solat terawikh...So far..uolss ada yang action-action terminum air masa gosok gigi ke??Hahhhh..tengok-tengok..da start blush-blush da tu...

**Ko buat hakak malu dek...hakak selalu buat-buat terminum air tau**


Anyway...sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni...ai dok perhati satu perkara ni...dan perkara ini..hanya akan dapat diperhatikan tatkala malam di bulan Ramadhan...agak-agak uolss ape??

Siapa lebih famous??Masjid ke Kedai Kopi??


Kenapa ai perhatikan situasi ni...baiklah...jujur ai katakan..ai bukanlah kaki masjid...tapi tak bermakna ai langsung tak jejakkan kaki ke masjid yer...

Seronok ye bila ai tengok masjid penoh dengan umat yg ingin menunaikan solat tarawikh masa hari pertama puasa..kejap..HARI PERTAMA PUASA memang penuh orang kat masjid...ai rasa da macam Solat Jumaat tengok jemaah penuh sampai ke saf belakang...bila time aminkan al-fatihah...MasyaALLAH..dengungan suara jemaah mcm mampu menggegarkan satu Senai hoccay....betapa hebatnya jemaah Tarawikh masa HARI PERTAMA PUASA.

Tapi.....

Masuk HARI KE LIMA BELAS PUASA...ada la 3saf je yang penuh...ini ai lihat sendiri masa ai berpeluang solat tarawikh kat Masjid Jamek Airport Senai.Masjid yang ai rasa sangat ekslusif dan memperlihatkan unsur kemodenan dalam pembinaan masjid...siap ada makan bagai...TAPI...ada la 3 saf yang kebanyakkannya dipenuhkan oleh warga emas...


umaigadd!!mana pergi lelaki-lelaki sebaya ai...mana pergi lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi khalifah kepada wanita di dunia...mana pergi lelaki-lelaki yang seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak kecil yg ai tgk lebih eksaited bermain kereta dekat depan masjid...

Mungkin...lelaki-lelaki ini sibuk bekerja...yelah kan..ai pon keji jugak...sah-sah HARI PERTAMA PUASA cuti umum...ni ai gi buat perbandingan ngan hari keje...harus la yg mengimarahkan masjid adalah pakcik dan makcik tua  yg dah pencen kan...

Maka..mungkin betul lelaki-lelaki Melayu Muslim sibuk cari rezeki untuk raya ni..baguslah..mudah-mudahan uolss dapat tolong mak bapak uolss kan....

So..lepas terawikh..ai pon terasa dahaga sangat....**motif nak dahaga sangat...sah-sah dahagakan asap rokok kan** ai pon buat keputusan na lepak kat kedai kopi...bila ai sampai je kan..ai tengok...bilangan lelaki-lelaki melayu Muslim yg ada kat kedai kopi tu rasanya boleh buat 5 saf penuh masjid...

Jadi...apa kesimpulan yang uolss dapat??

p/s : ai na suggest Bazar Ramadhan kat Pekan Senai tu...tolong la meriah sikit hoccay!!!

Sunday, August 14, 2011

#speechless sunday

Assalammualaikum w.b.t

#speechless sunday...MEMANG sangat speechless yer uolss...ari ni ai rasa pose ai cam hangus je...mana taknya...ai ala-ala kekwat bangun kul 4.59ptg yer...(ai tak bersahur ari ni..gigih mak ai ketuk pintu kul 4.50pg kejut ai..tp ai maintain keras badan atas katil)

So..bila ai da bangun kul 4.59ptg and ta bangun sahur...sah-sah la subuh dan zuhur ai hangus hancur ye...sangat keji perangai ai di kala bulan ramadhan ni **nangis menginsafi ketelanjuran**

**sangat chumel kan rupa i**

Sebenarnya...ai ta tau na tulis apa lg...ape pon..selamat berbuka uolsss!!!

p/s : nama pon speechless sunday kennnnnnnnnn.....harus la....

Friday, August 12, 2011

Mari mengorek lubang di bulan Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t

Agak-agak uolss kan..ada tak unsur-unsur kekejian dan kehanjingan yang tertera dalam tajuk entry pada hari Jumaat yang mulia ini??

Kalau uolss rasa ada..sesungguhnya..

OTAK UOLSS KOTOR DAN KUNING!! KEJI KO MARIA!!!



Baiklah..hari ni ai bukan na cerita pasal benda-benda blue yg pastinya akan membuat sebahagian daripada uolss menyumpah dan menyeranah ai sebab mengurangkan pahala pose uolss..uolss ingat ai gila isim ke nak cerita pasal perkara-perkara yang menyebabkan uolss berimaginasi biru lantas meningkatkan percentage utk ai dipanah petir??

**nauzubillah uolss**

OK..dulu masa uolss sekolah kan..ustaz atau ustazah uolss mesti ada bercerita pasal perkara-perkara yang membatalkan puasa kan...seperti ini..


"Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan 
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. 
 Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun 
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 
 - Muntah dengan sengaja 
 - Mengeluarkan air mani 
 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 
 - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 
 - Menjadi gila 
 - Pitam sepanjang hari 
 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 
 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam"
source : www.muis.gov.sg

Lepas tu mesti uolss akan bertanya dengan lebih detail point no 2 ngan no 3 seolah-olah uolss mengalami kecelaruan dengan istilah yang digunakan walaupun uolss memang dah arif sangat dengan perkara-perkara tu kan....

Sekali lagi ai na tegaskan...ai bukan na bersurah pasal point no 2 dan no 3 di atas sebab yg ai jelaskan di awal mukadimah tadi.. **siyes..ayat cikgu zabedah yer**

Ai tertarik dengan frasa yg menyebut fasal "memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesihatan".


Kenapa ai cakap ai tertarik..ok..ai ada terbaca satu pendapat yang mengatakan bahawa memasukkan sesuatu di dalam rongga badan tidak membatalkan puasa.Hal ini disokong dengan fatwa yang dikeluarkan oleh :

  • Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar)
  • Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah)
  • Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara)
  • dan ramai lagi ilmuwan Islam.

Malahan Dr.Yusof al-Qardhawi turut menyatakan bahawa : 

"Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]"
source : disini

Jika ada yang berpendapat memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan adalah perkara yang membatalkan puasa,mereka bersandar kepada dalil :

"Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. 
[Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]


antara hadith lain...


berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi)." 
source : disini

OK..ini satu peringatan yang penting untuk uolss tatkala membaca entry ni..tujuan ai post entry ni adalah untuk berkongsi ilmu dengan uolss..tetapi harus diingat..ai bukan mengajak uolss ramai-ramai korek hidung dan telinga sekarang sebab ai rasa kita perlu meminta pendapat daripada orang yang lebih pakar seperti Majlis Fatwa Kebangsaan..ai pun tak confident nak korek hidong dengan telinga masa time puasa ni sebab dari kecik kita memang da diajar bahawasanya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mengorek hidong dan telinga adalah perkara yang membatalkan puasa.


Jadi peringatan kedua..kalau uolss rasa was-was..JANGAN BUAT!! tunggu jer pengumuman fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan..ada paham!!!


p/s : sila abaikan penggunaan ayat cikgu zabedah!!


p/s lagi : kalau uolss na mengikut sesuatu..pastikan uolss mengikut dengan ilmu..jangan mengikut mengkhinzir buta (membabi buta laaaa..)