Pengikut Tinta Putera

Friday, August 20, 2010

Bau Ketiak dan TP..oouucchh!!

Assalammualaikum..

Thursday, August 19, 2010

Apa cerita baru???

Assalammualaikum...

Thursday, May 27, 2010

Bila feel tak dapat...

Assalammualaikum w.b.t

Satu hari TP tak mengupdate TPF dengan cerita-cerita yang sinikal dan tajam..bukan apa ye...sebab feel untuk bersurah dan bercerita itu tiba-tiba sirna begitu sahaja...lagi seronok rasanya mengulor di hadapan tv..menonton satu siaran ke satu siaran..dari National Geographic ke AXN..hehehe...


Bila feel untuk membuat sesuatu itu tiada,kita akan merasakan satu kemalasan tahap dewa-dewa yang memang tak dapat diungkap melalui kata-kata..kadangkala,untuk meluahkan sebutir perkataan pun kita rasa satu beban yang teramat sebab..kta tiada feel untuk melaksanakannya..otak dan hati mungking ingin melakukan perbuatan tersebut,tetapi anggota yang berkenaan seolah-olah tidak memberi tindak balas terhadap arahan dari otak..macam mana tu??

Jadi sebenarnya..apa yang penting adalah feel kita dalam melakukan sesuatu..falsafah TP senang sahaja,apabila kita mempunyai feel untuk melakukan sesuatu..tidak kira,sama ada kerja itu sesuatu yang kita suka atau tidak,pasti akan kita lakukan dengan baik kerana feel itu turut mendorong kita menghasilkan adrenalin..

p/s : apa feel anda untuk membaca tulisan TP??

Wednesday, May 26, 2010

Antara pagi yang indah dan pagi yang meroyan

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi buat semua pembaca setia TPF yang selalu memberi komen..sebarang komen dan kritikan akan diterima dengan hati yang terbuka dan komen atau kritikan terbaik akan berpeluang menikmati sarapan pagi dengan TP di Cafe World...hahaha..boleh tak??

Jom TP belanja makan kat Cafe ni...hehehe..
Sudah..bukan pasal Cafe World ye TP nak bersurah..juga bukan pasal komen dan kritikan yang menarik..tetapi apa yang TP nak gebangkan adalah mengenai satu sikap masyarakat yang semakin lama semakin hilang ditelan arus zaman iaitu sikap SABAR..

Sikap SABAR ini merupakan satu sikap yang ditunutu dalam Islam terutama apabila berkaitan dengan nafsu,amarah dan sebagainya..hah..jangan mula terlencong dengan perkataan nafsu..Nafsu itu sendiri satu perkataan yang subjektif,tidak ada definisi yang betul-betul boleh mengekspresikan 'NAFSU' itu..


Jadi berbalik semula kepada kisah SABAR itu..masyarakat sekarang sebenarnya terlalu taksub dengan keduniaan sehingga adakalanya kesabaran kita diuji..tidak kira sama ada yang menguji kesabarann kita itu orang dewasa,rakan sebaya,malah kanak-kanak pun ada yang nak test power menguji kesabaran kita.

Nasihat TP..banyakkan bersabar kerana kita selalu dengar..Sabar itu separuh dari Iman..insyaALLAH..siapa yang sabar,akan disayangi ALLAH.Ada juga yang kreatif mula tampil dengan pantun dua kerat..Sabar itu subur,tak Sabar masuk kubur..hahahaha...

p/s : Kadangkala kesabaran itu oleh menyelamatkanpagi yang meroyan kepada pagi yang indah...=)

Monday, May 24, 2010

Owh..I will stay SINGLE until next year...

Assalammualaikum w.b.t

Maafkan TP..Maafkan TP..Maafkan TP...

Di kala TP menulis warkah ini..TP sedang menyanyikan lagu 'Maafkan Kami'..TP tahu..TP ada banyak dossa dengan pembaca-pembaca kesayangan TPF sebab dah lama tak mengupdate TPF..sampai ada yang jumpa TP face to face suruh TP update TPF..owh..jikalau TP mampu bulan lepas mengupdate TPF..akan TP lakukan..tapi apakan daya..TP terikat dengan kerja-kerja freelance yang TP buat untuk menampung kehidupan seharian TP yang diibaratkan seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..


OK..dah..sudah..TP bukan nak bercerita pasal ayam..tapi TP nak bersurah mengenai tajuk entri TPF pada hari ini...Macam yang pembaca semua dah baca dan hayati tajuk entri kali ini..mesti ada yang pelik..kenapa nak kekal single sampai tahun depan..

Bukannya apa..pada TP,perhubungan antara dua insan,Adam dan Hawa memang indah..tetapi di manakah keindahan itu jika perhubungan yang dijalankan berasas kepada hawa nafsu seperti mana yang terjadi pada masyarakat sekarang hingga lahirnya ramai anak-anak tong sampah.

TP tidak pernah menjadi seorang yang anti-couple..TP akui,adakala,terdapat ruang kosong dalam hati yang mendambakan kasih sayang seorang wanita @ kekasih..tetapi TP rasakan mungkin sekarang bukan waktu yang sesuai untuk menyulam benih cinta..bila waktu sesuai??biarlah masa yang menentukan..hehehehe..

Jadi buat masa sekarang,biarlah TP membujang dan menyinglekan diri sampai 23 May 2011..rasa-rasanya TP mampu untuk mengharungi dugaan dan godaan..InsyaALLAH..

p/s : Pada 23 May 2011,satu event 'Tamat Tempoh "Say No To Couple"' akan diadakan..antara TP,Fizie CheMi,Man Ns,Muhd Fadzli Hamid,Irah Hajerah Azman dan Farah Ayob..siapakah yang akan menjadi bapak dan ibu ayam yang terpaksa membelanja kitorang makan??Setahun dari sekarang jawapannya...

Main tarik tali atau main tarik guni??

Assalammualaikum w.b.t

TP baru jer lepas balik dari ngeteh ngan member yang baru pulang dari Perak..so merasalah menjamah teh tarik di pagi yang hening plus berangin-angin sepoi bahasa..

Bila dah berjumpa member yang satu nih..tajuk utama yang timbul adalah mengenai makhluk tuhan yang maha seksi aka Wanita@Perempuan@Anak Dara..


Dan apa yang pasti..perempuan di atas tidak termasuk dalam perihal perbualan kami...hehehe..

Perbualan kami lebih memfokuskan mengenai masalah cinta yang teman TP hadapi..Kawan TP ni bolehlah dikatakan good looking..nak kata handsome sangat sampai melopong mulut anak dara tengok..takdelah..nak kata muka dia jambu..macam jambu batu adalah..tapi adalah sikit daya penarik pada rupanya hingga boleh membuatkan 2 orang perempuan jatuh hati kat dia.

Jadi bila ada 2 orang perempuan yang TP namakan mereka sebagai A dan S (bukan nama sebenar) sukakan dia tanpa dia mengetahuinya...masalah mula timbul..actually teman TP nieh dah la tangkap cintan kat A tapi dia nieh pulak jenis lam mim ba ba..LEMBAB!!So,dia selalu la ajak si A ni keluar dating..tapi,si A ni pulak,tiap kali teman TP ajak dia keluar,mesti dia ajak si I tu sekali..

Korang mesti konfius kan apa sebenarnya relationship between A dan I..untuk pengetahuan korang A ngan I tu bestfriend..kira macam 2 orang sahabat baik terjatuh cinta pada lelaki yang sama..Jadi terpaksalah teman TP ni angkut dua-dua sekali bawak pergi keluar..Dating yang dirancang bertukar menjadi DATANG MARAH...hehehe...

Agaknya kan..bila si I ni dah selalu teman si A keluar dengan teman TP,timbullah pulak perasaan cinta...


Jadi,pada suatu hari..teman TP ajak la si A keluar,katanya nak tengok firework..si A pun dengan konfiden menjawab..ok,kita keluar..nanti aku ajak si I sekali..teman TP pun pun tak terkata apa..Nak dijadikan cerita,si A tak jadi keluar pulak..last minute gitu dengan alasan pakcik dia datang and menyuruh teman TP keluar dengan si I instead..

Maka,keluarlah TP dengan si I ke Dataran Merdeka yang sangat sesak dengan orang ramai nak tengok firework..almaklumlah..malam merdeka kan..Teman TP bagitahu..sepanjang dorang berjalan kat Dataran Merdeka..tangan si I kuat memaut lengan teman TP..sampai kat dalam LRT nak balik ke hostel pun masih memaut lagi...

Selang dua hari kemudian..si I telah memulakan langkah dengan meminang teman TP untuk dijadikan boyfriend..teman TP yang memang dah rasa kecewa bila si A buat tak layan dia,terus menerima pinangan tersebut dengan tangan terbuka..

Bercinta sakan lah mereka berdua tanpa pengetahuan si A hingga pada suatu hari si A sudah talipon teman TP dengan nada AMARAH mempersoalkan mengapa teman TP berkapel dengan si I tanpa dia mengetahui...

JENG...JENG...JENG!!!!!


Teman TP yang memang terkejut pun terus bersetuju apabila si A ajak berjumpa kat port biasa bersama si I untuk menjelaskan situasi sebenar..tetapi..malangnya..apabila si A membatalkan niat untuk berjumpa teman TP dan hubungan antara teman TP dan si A terputus begitu sahaja serta selang beberapa lama kemudian,perasaan cintan cintun antara teman TP dan si I pun berkubur begitu sahaja.......

Sebenarnya,TP pun dah lupa yer bagaimana ceritanya berakhir..sebab TP da ngantuk sangat..hahaha....

p/s : Untuk post kali ini dan seterusnya..TP nak buat segmen 'p/s'..hehehe...Cerita ni dah berlaku bulan lepas..8/4/2010...hehehe..tapi saja je TP simpan lama-lama...ok..entry May yer...sorilah buat pembaca TPF sebab TP da hampir sebulan menyawangkan TPF!!Maaf!

Monday, April 5, 2010

Kau yang bernama Siti Nurhaliza Taruddin

Assalammualaikum w.b.t


Di kala ini..TP sedang enak dibuai perasaan dengan seleksi lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza..memang feeling gilalah..hahaha...Hah..untuk post kali ini,TP dedikasikan buat seorang bintang yang makin hari makin terang sinarnya..bak kata pepatah tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas..

Pada tanggal 1 April 1995,seorang anak dara sunti dari Kuala Lipis memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records.Pada tika itu,penyanyi tersebut cuba mencipta nama dengan album 'Siti Nurhaliza' dan ternyata percaturan itu berhasil apabila salah satu lagu dalam album tersebut iaitu Jerat Percintaan telah mengangkat nama beliau apabila memenangi kategori Persembahan Terbaik,Lagu Balada Terbaik dan Juara Lagu bagi pertandingan Muzik-Muzik 96.

Sejak dari itu,gadis comel molek ini mula dikenali di serata Malaysia dan pada tahun 1997,beliau sekali lagi menggunakan nama sendiri sebagai nama album.Album 'Siti Nurhaliza' diihat sebagai sekuel daripada album pertama beliau.Album yang memuatkan lagu hits 'Aku Cinta Padamu' telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila lagu tersebut menjadi siulan warga Indonesia dan ini merupakan satu penghormatan kepada industri seni tanah air kerana jarang-jarang warga Indonesia menerima muzik Malaysia pada masa tersebut.Gadis ini juga berpeluang untuk merakamkan lagu 'Aku Cinta Padamu' versi Indonesia yang kemudian ditukar judulnya 'Betapa Ku Cinta Padamu' dengan sentuhan muzik jazz.

Lagu 'Aku Cinta Padamu' telah diangkat sebagai penerima kategori Lagu Balada Terbaik dan Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1997 manakala album 'Siti Nurhaliza II' telah menerima 6 kali platinum apabila berjaya dijual sebanyak 150,000 unit dalam masa sebulan.

Dalam album 'Siti Nurhaliza II',beliau telah menyanyikan sebuah lagu asli lama yang diberi sentuhan baru iaitu 'Sri Mersing'.Beliau merasakan masih tidak puas menyanyikan lagu-lagu berentak tradisional lalu sebuah album tradisonal 'Cindai' menjadi penyelesaiannya.Album yang diterbitkan pada tahun 1997 yang turut menerima 5 kali anugerah platinum merupakan album tradisional pertama bagi gadis ini.Manakala lagu 'Cindai' telah memantapkan lagi nama beliau dalam industri ini apabila lagu ini menjadi pemenang bagi Anugerah Juara Lagu 1997 di samping memenangi Kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Etnik Kreatif Terbaik dalam pertandingan yang sama.

Dengan kemenangan itu,nama gadis ini semakin meniti di bibir peminat dan beliau semakin aktif mengeluarkan album-album baru seperti 'Adiwarna'(1998)  dan 'Pancawarna'(1999).Kedua-dua album ini memberi kenangan yang manis buat gadis ini apabila album 'Adiwarna' menjadi Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1999 manakala album 'Pancawarna' mendapat 2 Anugerah Platinum.

Pada tahun 2000,beliau sekali lagi mengeluarkan album tradisonal kedua,'Sahmura'.Album yang menghimpunkan lagu hits seperti 'Balqis' berjaya menggondol anugerah Juara Lagu 2000 dan Lagu Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2001 manakala album 'Sahmura' diangkat sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik dalam Album di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2001.

Gadis comel ini terus melangkah dengan penuh yakin di arena hiburan dan meletakkan nama beliau setanding dengan nama-nama hebat seni tanah air.Beliau tampil dengan album 'Safa'(2001) , 'Sanggar Mustika' (2002) , 'E.M.A.S(2003) dan 'Prasasti Seni'(2004).Melalui album 'E.M.A.S' dan 'Prasasti Seni', beliau menunjukkan kebolehan dalam mencipta lirik bagi lagu :
  • Bukan Cinta Biasa
  • Ku Yakini
  • Janji Kasih
  • Sebenar Cinta
  • Ku Milikmu
  • Cinta Tak Berganti
  • Pejam Matamu     
Pada tahun 2006,beliau tampil dengan album 'Transkripsi' dan dalam album ini,beliau meneroka satu lagi cabang seni dengan menghasilkan masterpiece sendiri iaitu 'Hati Berbisik' dan 'Intrig Cinta'.Album 'Transkripsi' merupakan buah tangan sulung bagi syarikat beliau 'Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd.\

Tahun 2006 juga mencatat kenangan terindah bagi gadis ini apabila beliau memilih tanggal 21 Ogos 2006 unutk menamatkan zaman solo beliau dengan Datuk Seri Mohd Khalid B Mohd Jiwa dan upacara perkahwinan beliau menjadi Wedding of The Year.




Beliau juga tampil dengan album 'Hadiah Daripada Hati'(2007) , 'Lentera Timur'(2008) dan album Islamik pertama beliau 'Tahajjud Cinta'(2009)

Populariti dan imej sederhana yang ditampilkan oleh penyanyi kelahiran 11 Januari 1979 ini telah memberi pengalaman kepada beliau apabila terpilih sebagai duta atau jurucakap kepada badan kebajikan, persatuan dan juga produk. Antaranya ialah sebagai Duta Muhibah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Duta Tabung Yayasan JUSCO (With All Our Heart), jurucakap untuk Maybelline, Nippon Wiper Blade (NWB), BLEU, Pepsi, Telefon Mitsubishi Trium, TMnet Prepaid, Minolta D’iMAGE Malaysia, Samsung, Maxis, Olay dan Pantene. Beliau juga telah menubuhkan yayasan kebajikan bagi membantu golongan memerlukan bersama suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa iaitu Yayasan Nurjiwa.

Nama beliau telah tercatat di dalam The Malaysia Book Of Records, Most Awards Won Artiste, sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah sepanjang 13 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Sehingga tahun 2008, lebih 100 anugerah telah diterima beliau. Selain anugerah dalam bidang seni, beliau turut menerima pengiktirafan pingat dari institusi Diraja iaitu, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan (SAP) dan (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ dari DYMM Sultan Pahang, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) dari DYMM Sultan Perak dan Johan Setia Mahkota (JSM) dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Beliau juga telah mengharukan nama negara apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang membuat konsert di Royal Albert Hall,London pada tahun 2005.








dan..beliaulah yang bernama Dato' Siti Nurhaliza.Selama 15 tahun di industri ini,beliau telah mengharungi pelbagai onak dan duri,jatuh dan bangun,susah dan senang dan apa yang TP harapkan agar Dato' Siti terus sukses dalam meneruskan perjuangan beliau..

Sunday, April 4, 2010

Cetusan Warna Bintang Popular

Assalammualaikum w.b.t
OK..hari ini hari ahad..hari ini 4 April..hari ini ada apa ea??

TP tengah dok pikir..ada ape ea hari ni??
Hah..TP dah dapat jawapannya...Hari ini bertempat di Arena Of Star Genting Highland,akan berlangsung satu temasya riang ria anjuran Berita Harian..iaitu..tidak lain dan tidak bukan..

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2009

Sila hiraukan nombor 2008 dan bayangkan anda melihat angka 2009.TQ
Seperti tahun-tahun yang lalu..Berita Harian tidak pernah gagal dalam pengajuran malam anugerah ini..Saban tahun kita melihat ABPBH tidak pernah kering idea dalam mewujudkan tema-tema yang pada dasarnya kelihatan 'biasa-biasa' tetapi memberi kesan yang 'LUAR BIASA' apabila ianya digunapakai.

Untuk ABPBH tahun ini,tema 'CETUSAN WARNA' menjadi pilihan penganjur..apakah kepentingan tema bagi sesuatu acara?TP pasti ada di antara kita yang merasakan bahawa tema untuk sesuatu majlis atau acara bukanlah sesuatu yang penting bagi kelangsungan acara tersebut.Tetapi cuba kita bayangkan...

sila bayangkan yer..
Kalau sesuatu majlis berprestij itu tidak ditetapkan sebarang tema,agak-agak macam mana keadaan di dalam tempat berlangsung majlis itu..mesti sangat caca marba kan..ada yang pakai pakaian macam nak ke disko,sedangkan acara tersebut adalah acara amal..dan anda akan melihat lebih banyak pakaian buruk yang tidak menepati acara berbanding pakaian cantik yang menepati acara yang dijalankan.

Penggunaan tema sesuatu majlis itu sebenarnya adalah lebih kepada pemilihan kita dalam berpakaian.Yelah,korang nak pergi majlis ilmu contohnya,kenalah berpakaian sopan yang tidak menjolok mata..actually,ada jugak pakaian sopan yang menjolok mata..betul tak tipu.

Ambik korang..TP bagi contoh sopan yang menjolok mata!!
Kan TP dah bagi bukti konkrit..kalau tengok pada reka bentuk baju tersebut..memanglah baju kebaya yer..tetapi..hah..nampak coli hitam sangat jelas melekat di badannya..di samping celah-celahan yang patut dilindung dari pandangan mata...pakaian yang sangat tidak sesuai di pagi raya...

Jadi..itulah kepentingan tema dalam sesuatu majlis untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara seperti ini..oh ya..memandangkan ABPBH akan bermula kurang dari 5 jam dari sekarang..rasa-rasanya..siapa yang akan menggondol ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ea???

Pilihan TP untuk malam ini....Dato' Siti Nurhaliza

Saturday, April 3, 2010

Semoga kau tenang di sana..


Assalammualaikum w.b.t

Pada saat TP memulakan blog ini,sebahagian dari hati masih sukar untuk menerima bahawa artis serba boleh Malaysia , Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah meninggalkan kita dengan pelbagai dialog dan telatah yang mencuit hati.

Allahyarham yang dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada jam 12.30 malam tadi telah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia menerusi segmen Riuh Pagi ERA bersama Aznil Nawawi dan pastinya pemergian Allahyarham amat dirasai kerana bermula tanggal 5 Jan 2009 sehingga minggu lepas,Allahyarham telah mengisi pagi kita dengan watak-watak pembantu seperti Shasha,Mak Yan, Mustafa Ahli Kaji Bintang dan pelbagai watak lagi yang diwujudkan menerusi segmen Sawancara.

Menurut laporan perubatan,Allahyarham meninggal dunia disebabkan Demam Denggi Berdarah dan bukannya virus air kencing tikus seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

TP mula mengenali nama Din Beramboi semenjak Allahyarham menjadi kartunis Ujang,seterusnya bersama dengan Afdlin Shauki mengacara Ah-ha di TV3.Rasanya itu kali terakhir TP menonton rancangan Din Beramboi.Sehinggalah apabila Riuh Pagi ERA bersama Pak Nil dan Din Beramboi,bermula dari itu,TP semakin mesra dengan suara Allahyarham.

Apabila perginya Allahyarham,sudah pastinya,sebutir lagi permata seni yang tiada gantinya hilang dari pandangan mata tetapi masih tersemat di hati.TP melihat Allahyarham sebagai seorang yang serba boleh..beliau boleh menjadi pelawak,pelakon,penyanyi,pengacara,pelukis,DJ Radio dan mungkin masih banyak lagi bakat terpendam Allahyarham yang tidak kita ketahui.

Berkongsi sedikit mengenai blog-blog yang memaparkan kisah pemergian Allahyarham Din Beramboi,TP rasa tertarik untuk mengulas apa yang disampaikan oleh Bidadari Kayangan bahawa dalam laman Tweeter,Allahyarham menceritakan mengenai ajal dan itu merupakan Tweet Allahyarham yang terakhir.

Ihsan Bidadari Kayangan
Allahyarham seolah-olah dapat merasakan bahawa ajal beliau akan sampai dalam tempoh kurang dari sebulan..

Apa-apa pun,TP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi,seluruh keluarga ERA.Fm dan peminat-peminat Din Beramboi atas pemergian Allahyarham..ALLAH lebih menyayangi Allahyarham dan semoga Allahyarham tenang di sana..

Al-Fatihah...




Gambar-gambar sekitar majlis pengkebumian Allahyarham Din Beramboi. 

Gambar-gambar di atas adalah ihsan daripada Kak Azlin dan Fara Fauzana.

Wednesday, March 31, 2010

Update..update...Tinta Putera Fauzan

Assalammualaikum w.b.t

Wah..dah lama rasanya TP tidak mengupdate Tinta Putera Fauzan ni..bukan apa yer...TP tersangat-sangat sibuk dengan kegiatan seharian yang tak pernah berkesudahan...aiyoo...

Dan kebelakangan ini,bermacam-macam kisah suka,duka,happy,sad,mengejutkan,surprising,gembira dan bermacam lagi kata adjektif yang boleh digunakan bagi mewakili perklembangan semasa...

OK..untuk post kali ini..TP akan compilekan kisah-kisah menarik,gossip..yerla..nak kejar deadline yang TP tetapkan sendiri..

Gossip pertama yang TP nak gebangkan adalah mengenai Akademi Fantasia 8..ala yang TP dok join auditionnya..tapi hampeh...hehe..Untuk musim kali ini,ayat pertama yang keluar dari mulut TP ialah..Bagai Sirih Pulang Ke Gagang..yerla..kali ini tenaga pengajarnya merupakan pengasas kepada Akademi Fantasia musim pertama (kecuali pengetuanya) yang telah menobatkan Vincent Chong sebagai Juara AF1.


Dan untuk pelajar-pelajarnya pula..untuk musim kali ini,sebahagian pelajar-pelajar AF8 didominasi oleh warga Borneo..Tahniah yer warga Sabah dan Sarawak..semoga kehadiran anda di persada seni akan memeriahkan lagi dunia entertaiment di Malaysia.Jadi apalagi..Mulakan AFUNDI!!!

Grafik ihsan daripada Akademi Fantasia 8


Kisah seterusnya berkait rapat dengan inspirasi TP..iaitu tidak lain dan tidak bukan..Dato' Siti Nurhaliza..Pada tanggal 30 Mac 2010,bertempat di Hotel Mandarin Oriental..Dato' Siti telah melancarkan SimplySiti..rangkain produk kecantikan seperti lip stick,compact powder dan bermacam lagi produk facial care..

Hmm..kalau korang nak tahu..inilah rahsia Dato Siti kekal menawan,anggun dan cantik...
Apa pun..tahniah kepada Dato' Siti kerana berjaya mengembangkan Empayar Siti Nurhaliza!!!Apapun TP nak tanya..produk untuk lelaki takde ke??kalau ada..confirm TP borong satu kedai!!!Nak jugak menjadi hebat bak Dato' Siti Nurhaliza



Gambar ihsan daripada Kak Rozi Abdul Razak..Thanks Kak Zee!!
Berita Mutakhir : Din Beramboi.penyampai radio ERA.FM dilaporkan koma...

Pada masa TP mendapat berita ni,TP ada kat kedai makan dengan member..malam semalam..kakak TP yang beritahu..memang tak percaya..yelah..selama ini,TP memang jarang la dengar Din Beramboi sakit..sama ada melalui media atau laman Facebooknya..

Al-maklumlah..kebelakangan ini,Din Beramboi sibuk berkempen supaya peminat mengundi beliau untuk kategori Penyampai Radio Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian..tup-tup bila dengar beliau koma,memang la tak percaya..

Tapi bila TP dengar ERA pagi tadi untuk segemn Riuh Pagi ERA yang turut dikendalikan oleh Aznil Nawawi,Pak Nil mengumumkan bahawa berita yang tersebar sejak dua hari lepas adalah benar..menurut doktor yang merawat Din Beramboi,darah Din Beramboi telah dijangkiti virus dan buat masa ini,pihak hospital masih tidak dapat mengesahkan punca penyakit Din Beramboi..

Buat masa in Din Beramboi telah dimasukkan ke Hospital Selayang dan beliau terpaksa menjalani dialisis bagi menggantikan darah beliau yang telah dijangkiti kuman.

Petikan Berita Harian Online :

"Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam."

Tetapi peminat Din Beramboi usah risau..menurut update daripada Berita Harian Online,Din Beramboi sudah stabil..alhamdulillah..

"Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma 'ditidurkan' oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan," katanya.
Nil Aina berkata, pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah."

Jadi,marilah kita mendoakan Din Beramboi agar cepat sembuh dan kembali memeriahkan Riuh Pagi ERA!!!





Wednesday, March 17, 2010

Gossip | Sabarlah wahai Seniwati Azean Irdawaty

Assalammualaikum w.b.t

TERKEJUT!!Itulah reaksi pertama TP bila dapat tahu yang Benjy,anak Seniwati Azean Irdawaty (AI) terlibat dengan najis dadah..siap ada makmal pemprosesan lagi..Siapa sangka,Benjy,yang kelihatan sangat manja dengan AI,yang dilihat sebagai artis ikon anak emak.memang tidak disangka-sangka..

Haish..apalah nak jadi dengan dunia hiburan masa kini,asal nama artis jer,mesti nak terlibat dengan dadah,alkohol,pil khayal dan pelbagai lagi perbuatan yang tidak bermoral..bukan TP nak menuduh semua artis berperangai negatif seperti itu..tetapi bak kata pepatah,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..hanya kerana segelintir artis yang berperangai negatif seperti itu,maka masyarakat akan melihat setiap insan yang bergelar anak seni memang berperangai tak elok..

Keluarga bahagia Azean Irdawaty
Bila kita sudah menjadi public figure,kita akan sentiasa diburu wartawan,peminat dan orang yang nak menjatuhkan kita..kalau boleh,ita pakai seluar dalam warna apa pun,peminat dan press nak tahu..Jadi sebagai orang yang dikenali atau Public Figure,kita harus sedar setiap tindakan dan perbuatan kita menjadi perhatian masyarakat..seharusnya,kita cuba mengelak untuk tidak berpelakuan negatif di hadapan public kerana dikhuatiri ianya akan mencalarkan reputasi dan rekod kita..

Berbalik TP semula ke cerita mengenai Benjy ini,Benjy merupakan pelakon yang hebat..setiap watak yang diberikan,TP perhatikan Benjy tidak pernah gagal dalam memberikan lakonan yang mantap..yelah mewarisi kehebatan lakonan Azean Irdawaty yang memang tidak dapat disangkal lagi..tetapi,tiada siapa menyangka bahawa anak seniwati terlibat dadah adalah Benjy..

Kepada Seniwati AI,TP doakan semoga AI tabah dalam menghadapi dugaan Allah..banyakkan bersolat dan megadu kepada ALLAH untuk mencari ketenangan..

Untuk Benjy,jika benar anda bersalah,kembalilah ke pangkal jalan..anda sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata...jika anda merasakan yang anda memang tak mahu berubah,kenangilah ibu bapa anda..Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepadamu..

47,Kg Tanah Putih,Tanjung Sedili

Assalammualaikum w.b.t

TP NAK MINTAK MAAF DAN AMPUN DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI!!!!Bukan sengaja TP nak lewat-lewatkan mengupdate TPF tetapi disebabkan kekangan masa yang menyebabkan TP lewat untuk mengupdate TPF..hehehe...kasik ayat putar belit sikit..

2,3 menjak ni,TP sangat sibuk...weekend yang lepas,TP ada jemputan kahwin kat kampung..balik jer Senai,TP punya kawan kat UTP pun balik jugak..jadi most of time,TP dok sibuk spent time dengan dia..pergi ngeteh,pergi karaoke..balik-balik tengok jam dah pukul 3 pagi..apalagi...NGOROK lah kan jawabnya..hehehe...

Kali ini TP nak bercerita pasal kampung TP..Kampung TP terletak nun jauh di Kota Tinggi..actually tak jauh pun..dalam perjalanan ke Mersing..kira-kira satu jam setengah dari Senai..Nama kampung TP,Tanjung Sedili..Tanjung Sedili ni sangat terkenal dengan keropok lekor selain dari aktiviti perikanan...

Salah satu tarikan di Tanjung Sedili
Tanjung Sedili juga menjadi tempat tercatatnya sejarah apabila menjadi tempat kelahiran dua insan hebat di Malaysia iaitu Sasterawan Negara,Allahyarham Dato' Usman Awang dan Seniwati Allahyarhamah Rosiah Chik.Walaupun nama Tanjung Sedili tidak mendapat publisiti hebat di dada-dada media,tetapi bagi anak jati Tg Sedili,ianya tetap terpahat di hati..

Sebenarnya memang banyak kenangan indah TP di Tg Sedili...masih teringat ketika kecil,apabila abah TP kata nak balik kampung,TP memang sangat excited..yelah..nak jumpa sepupu-sepapat,pakcik-makcik dan tok nenek...pagi-pagi dah siap dah ni..dulu,abah akan chartered teksi balik kampung..kalau ada apa-apa event kat kampung,kitorang sekeluarga akan jadi orang pertama yang sampai kat kampung..kira memang semangat gila lah..oh ye..kampung TP terletak di Kg Tanah Putih,Tg Sedili...

Inilah rumah yang menjadi pujaan hati tiap kali balik kampung..Rumah tok!!
Tapi sekarang,tok dah tiada..semenjak tok tiada,rumah ni memang kitorang tak balik lagi dah..sewa kat orang..sampai la tahun 2008,pakcik dan makcik TP sepakat nak renovate rumah kenangan ni supaya kenangan yang lalu dapat dirasai oleh generasi Hj Abdul Hamid Pandak yang terbaru..biar mereka rasakan indahnya suasana kampung..dan buat pertama kalinya setelah sekian lama..kami semua berkumpul untuk Hari Raya Aidiladha pada tahun 2008..memang sangat seronok..tidur bergelimpangan kat ruang tamu..sarapan ramai-ramai dalam bulatan..berebut bilik mandi...memang sangat happening!!!

Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Abd Hamid Pandak (Cikgu Hamid) dan Allahyarhamah Hjh Asiah Abdullah...moga Allah mencucuri rahmat dan himpunkan roh tok dalam kalangan ahli Syurga Firdaus..amin..

Saturday, March 13, 2010

Raja Berdaulat Raja Disanjung

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum apa-apa..TP nak mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut sebab TP lambat update blog TP..bukannya apa ya..ada banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan...mintak maaf sekali lagi..

OK..untuk post kali ini,TP nak ajak pembaca semua berangan seketika..ala,apa salahnya kalau berangan kan..sekali-sekali...hehehe..

  
Pernah tak terlintas dalam hati korang kalau suatu hari,bila korang bangun dari tidur,tiba-tiba orang mendapat surat dari Istana yang mengatakan korang adalah bakal pewaris takhta..kira macam korang ni sebenarnya anak raja yang diserahkan kepada orang kebanyakkan untuk dibesarkan??

Bakal Istana
Hah..tak macam gempak pulak kan..yela,selama ini,korang punya mindset ialah,korang adalah anak orang biasa,tup-tup kena tukar mindset jadi anak raja..macam mana korang nak sesuaikan diri korang dengan situasi yang lain dari yang lain dengan apa yang korang jalani sebelum ini...

Nak menyedapkan angan-angan,korang bakal dilantik menjadi Sultan dalam masa 3 bulan..pergh..tak macam Akademi Fantasia pulak ea..dan korang pun belajarlah etika,gaya,cara komunikasi seorang sultan..mestilah kena belajar,kalau tak macam mana nak membawa diri sebagai seorang sultan kan...


Selain daripada itu,korang diberi pulak istana yang besar,bilik tidur yang mewah,pembantu yang ramai,dan segala macam kemewahan yang hanya boleh didapati kalau korang jadi anak raja...

Dan,tiba-tiba..jeng..jeng..jeng...takkan korang nak berangan yang happy-happy jer..kena la ada anti-klimaks sikit...RUPA-RUPANYA..korang tengah berangan...hahaha....amacam gempak tak TP bawak korang semua berangan...kalau nak tahu,ini merupakan sebahagian dari angan-angan TP yang tak mungkin akan menjadi kenyataan..yela..saja je nak share dengan korang..mana tau..kot-kot korang pun ada angan-angan yang sama dengan TP...

Walau apapun..berpijaklah di bumi yang nyata..di bumi nyata,kita ada adat kesultanan yang perlu disanjung tinggi,zaman sekarang ni,TP tengok,ramai dah tak hormat pada Raja-raja Melayu..nak samam Sultan lah,hina Sultan dalam blog dan bermacam-macam lagi perbuatan yang boleh dikatakan mengKHIANAT intitusi Diraja..Sentiasa tancapkan dalam hati Rukun Negara yang ke-2 :

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Janganlah kita nak tunjuk yang kita lagi hebat daripada Sultan-sultan ini,apalah sangat jika nak dibandingkan status kita dengan Daulat Sultan..memang benar,manusia semua sama,tetapi perlu diingat,kita,orang melayu kaya dengan adat dan tatasusila.Jadi untuk memartabatkan semula MELAYU di mata dunia,sematkanlah kesetiaan kepada Raja dan Negara...

DAULAT TUANKU!!!!




JASA TUANKU PATIK KENANG!!