Pengikut Tinta Putera

Saturday, April 3, 2010

Semoga kau tenang di sana..


Assalammualaikum w.b.t

Pada saat TP memulakan blog ini,sebahagian dari hati masih sukar untuk menerima bahawa artis serba boleh Malaysia , Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah meninggalkan kita dengan pelbagai dialog dan telatah yang mencuit hati.

Allahyarham yang dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada jam 12.30 malam tadi telah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia menerusi segmen Riuh Pagi ERA bersama Aznil Nawawi dan pastinya pemergian Allahyarham amat dirasai kerana bermula tanggal 5 Jan 2009 sehingga minggu lepas,Allahyarham telah mengisi pagi kita dengan watak-watak pembantu seperti Shasha,Mak Yan, Mustafa Ahli Kaji Bintang dan pelbagai watak lagi yang diwujudkan menerusi segmen Sawancara.

Menurut laporan perubatan,Allahyarham meninggal dunia disebabkan Demam Denggi Berdarah dan bukannya virus air kencing tikus seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

TP mula mengenali nama Din Beramboi semenjak Allahyarham menjadi kartunis Ujang,seterusnya bersama dengan Afdlin Shauki mengacara Ah-ha di TV3.Rasanya itu kali terakhir TP menonton rancangan Din Beramboi.Sehinggalah apabila Riuh Pagi ERA bersama Pak Nil dan Din Beramboi,bermula dari itu,TP semakin mesra dengan suara Allahyarham.

Apabila perginya Allahyarham,sudah pastinya,sebutir lagi permata seni yang tiada gantinya hilang dari pandangan mata tetapi masih tersemat di hati.TP melihat Allahyarham sebagai seorang yang serba boleh..beliau boleh menjadi pelawak,pelakon,penyanyi,pengacara,pelukis,DJ Radio dan mungkin masih banyak lagi bakat terpendam Allahyarham yang tidak kita ketahui.

Berkongsi sedikit mengenai blog-blog yang memaparkan kisah pemergian Allahyarham Din Beramboi,TP rasa tertarik untuk mengulas apa yang disampaikan oleh Bidadari Kayangan bahawa dalam laman Tweeter,Allahyarham menceritakan mengenai ajal dan itu merupakan Tweet Allahyarham yang terakhir.

Ihsan Bidadari Kayangan
Allahyarham seolah-olah dapat merasakan bahawa ajal beliau akan sampai dalam tempoh kurang dari sebulan..

Apa-apa pun,TP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi,seluruh keluarga ERA.Fm dan peminat-peminat Din Beramboi atas pemergian Allahyarham..ALLAH lebih menyayangi Allahyarham dan semoga Allahyarham tenang di sana..

Al-Fatihah...




Gambar-gambar sekitar majlis pengkebumian Allahyarham Din Beramboi. 

Gambar-gambar di atas adalah ihsan daripada Kak Azlin dan Fara Fauzana.

No comments: