Pengikut Tinta Putera

Monday, April 5, 2010

Kau yang bernama Siti Nurhaliza Taruddin

Assalammualaikum w.b.t


Di kala ini..TP sedang enak dibuai perasaan dengan seleksi lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza..memang feeling gilalah..hahaha...Hah..untuk post kali ini,TP dedikasikan buat seorang bintang yang makin hari makin terang sinarnya..bak kata pepatah tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas..

Pada tanggal 1 April 1995,seorang anak dara sunti dari Kuala Lipis memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records.Pada tika itu,penyanyi tersebut cuba mencipta nama dengan album 'Siti Nurhaliza' dan ternyata percaturan itu berhasil apabila salah satu lagu dalam album tersebut iaitu Jerat Percintaan telah mengangkat nama beliau apabila memenangi kategori Persembahan Terbaik,Lagu Balada Terbaik dan Juara Lagu bagi pertandingan Muzik-Muzik 96.

Sejak dari itu,gadis comel molek ini mula dikenali di serata Malaysia dan pada tahun 1997,beliau sekali lagi menggunakan nama sendiri sebagai nama album.Album 'Siti Nurhaliza' diihat sebagai sekuel daripada album pertama beliau.Album yang memuatkan lagu hits 'Aku Cinta Padamu' telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila lagu tersebut menjadi siulan warga Indonesia dan ini merupakan satu penghormatan kepada industri seni tanah air kerana jarang-jarang warga Indonesia menerima muzik Malaysia pada masa tersebut.Gadis ini juga berpeluang untuk merakamkan lagu 'Aku Cinta Padamu' versi Indonesia yang kemudian ditukar judulnya 'Betapa Ku Cinta Padamu' dengan sentuhan muzik jazz.

Lagu 'Aku Cinta Padamu' telah diangkat sebagai penerima kategori Lagu Balada Terbaik dan Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 1997 manakala album 'Siti Nurhaliza II' telah menerima 6 kali platinum apabila berjaya dijual sebanyak 150,000 unit dalam masa sebulan.

Dalam album 'Siti Nurhaliza II',beliau telah menyanyikan sebuah lagu asli lama yang diberi sentuhan baru iaitu 'Sri Mersing'.Beliau merasakan masih tidak puas menyanyikan lagu-lagu berentak tradisional lalu sebuah album tradisonal 'Cindai' menjadi penyelesaiannya.Album yang diterbitkan pada tahun 1997 yang turut menerima 5 kali anugerah platinum merupakan album tradisional pertama bagi gadis ini.Manakala lagu 'Cindai' telah memantapkan lagi nama beliau dalam industri ini apabila lagu ini menjadi pemenang bagi Anugerah Juara Lagu 1997 di samping memenangi Kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Etnik Kreatif Terbaik dalam pertandingan yang sama.

Dengan kemenangan itu,nama gadis ini semakin meniti di bibir peminat dan beliau semakin aktif mengeluarkan album-album baru seperti 'Adiwarna'(1998)  dan 'Pancawarna'(1999).Kedua-dua album ini memberi kenangan yang manis buat gadis ini apabila album 'Adiwarna' menjadi Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 1999 manakala album 'Pancawarna' mendapat 2 Anugerah Platinum.

Pada tahun 2000,beliau sekali lagi mengeluarkan album tradisonal kedua,'Sahmura'.Album yang menghimpunkan lagu hits seperti 'Balqis' berjaya menggondol anugerah Juara Lagu 2000 dan Lagu Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2001 manakala album 'Sahmura' diangkat sebagai penerima Anugerah Persembahan Terbaik dalam Album di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2001.

Gadis comel ini terus melangkah dengan penuh yakin di arena hiburan dan meletakkan nama beliau setanding dengan nama-nama hebat seni tanah air.Beliau tampil dengan album 'Safa'(2001) , 'Sanggar Mustika' (2002) , 'E.M.A.S(2003) dan 'Prasasti Seni'(2004).Melalui album 'E.M.A.S' dan 'Prasasti Seni', beliau menunjukkan kebolehan dalam mencipta lirik bagi lagu :
  • Bukan Cinta Biasa
  • Ku Yakini
  • Janji Kasih
  • Sebenar Cinta
  • Ku Milikmu
  • Cinta Tak Berganti
  • Pejam Matamu     
Pada tahun 2006,beliau tampil dengan album 'Transkripsi' dan dalam album ini,beliau meneroka satu lagi cabang seni dengan menghasilkan masterpiece sendiri iaitu 'Hati Berbisik' dan 'Intrig Cinta'.Album 'Transkripsi' merupakan buah tangan sulung bagi syarikat beliau 'Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd.\

Tahun 2006 juga mencatat kenangan terindah bagi gadis ini apabila beliau memilih tanggal 21 Ogos 2006 unutk menamatkan zaman solo beliau dengan Datuk Seri Mohd Khalid B Mohd Jiwa dan upacara perkahwinan beliau menjadi Wedding of The Year.




Beliau juga tampil dengan album 'Hadiah Daripada Hati'(2007) , 'Lentera Timur'(2008) dan album Islamik pertama beliau 'Tahajjud Cinta'(2009)

Populariti dan imej sederhana yang ditampilkan oleh penyanyi kelahiran 11 Januari 1979 ini telah memberi pengalaman kepada beliau apabila terpilih sebagai duta atau jurucakap kepada badan kebajikan, persatuan dan juga produk. Antaranya ialah sebagai Duta Muhibah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Duta Tabung Yayasan JUSCO (With All Our Heart), jurucakap untuk Maybelline, Nippon Wiper Blade (NWB), BLEU, Pepsi, Telefon Mitsubishi Trium, TMnet Prepaid, Minolta D’iMAGE Malaysia, Samsung, Maxis, Olay dan Pantene. Beliau juga telah menubuhkan yayasan kebajikan bagi membantu golongan memerlukan bersama suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa iaitu Yayasan Nurjiwa.

Nama beliau telah tercatat di dalam The Malaysia Book Of Records, Most Awards Won Artiste, sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah sepanjang 13 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Sehingga tahun 2008, lebih 100 anugerah telah diterima beliau. Selain anugerah dalam bidang seni, beliau turut menerima pengiktirafan pingat dari institusi Diraja iaitu, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan (SAP) dan (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ dari DYMM Sultan Pahang, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) dari DYMM Sultan Perak dan Johan Setia Mahkota (JSM) dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Beliau juga telah mengharukan nama negara apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang membuat konsert di Royal Albert Hall,London pada tahun 2005.








dan..beliaulah yang bernama Dato' Siti Nurhaliza.Selama 15 tahun di industri ini,beliau telah mengharungi pelbagai onak dan duri,jatuh dan bangun,susah dan senang dan apa yang TP harapkan agar Dato' Siti terus sukses dalam meneruskan perjuangan beliau..

4 comments:

Aus MeLankoLik said...

hahahak , gila tembam dia masa kecik2..hahahak

Gusti Putera Fauzan Al-Attas said...

Itu yang cute tu..hehehehe....

Syuhaili A Hamid said...

I love Siti very much...

Syuhaili A Hamid said...

I love Siti very much