Pengikut Tinta Putera

Wednesday, January 27, 2010

Budak Sekolah pun faham!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Sebelum saya mulakan post untuk hari ini..Rakyat Johor masih dalam tempoh berkabung sempena kemangkatan DYMM Alamarhum Sultan Iskandar,Sultan Johor..Al-Fatihah...

******************************************************************************

Baiklah,mengapa tajuk post saya agak sinikal pada hari ini..Hmmm...Sebagaimana yang kita sedia maklum,rakyat Johor diwajibkan berkabung selama satu minggu bermula sabtu lepas bagi belasungkawa atas kemangkatan Sultan Johor..

Jadi,apabila perintah berkabung dikeluarkan,di mana lelaki muslim perlu memakai songkok yang dililit dengan kain putih dan wanita muslim memakai tudung putih.Bagi rakyat yang beragama selain Muslim,mereka perlu memaakai lilitan hitam di lengan kanan.

Pada saya perkara tersebut bukanlah sesukar mana,cuma seminggu sahaja...ya betul..SEMINGGU tempoh berkabung..sekadar memakai songkok dengan lilitan kain putih bukanlah perkara yang memerlukan nyawa untuk dipertaruhkan.

Walaupun anda yang membaca bukanlah rakyat Johor sejati tetapi tinggal di Negeri JOHOR,maka ingatlah pepatah melayu..Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung..kita harus ingat kerana walau kita bukan anak sehati negeri Johor,tetapi di Johorlah kita menikmati sebahagian ketenangan Malaysia...

Jadi,kembali ke tajuk post ini..saya bekerja di kedai buku di sebuah sekolah kebangsaan..pada hari pertama persekolahan selepas Almarhum mangkat,saya begitu apabila melihat hampir semua anak-anak dari darjah satu hingga darjah enam turut berkabung..Tetapi sangat marah apabila melihat ada sebahagian guru yang tidak turut berkabung sedangkan mereka sendiri maklum bahawa mereka yang bekerja di sektor kerajaan perlu mematuhi arahan berkabung..

Apabila ditanya dengan guru kaunseling sekolah tersebut mengapa ada sebahagian guru yang tidak berkabung,guru kaunseling tersebut menjawab mungkin mereka bukan anak sejati Johor dan saya terus terdiam..Entahlah...

Saya juga sempat bertanya dengan anak-anak comel itu mengapa mereka memakai songkok dengan lilitan kain putih dan juga memakai lilitan kain hitam di lengan bagi yang bukan muslim,mereka dengan yakinnya menjawab..Sultan sudah mangkat!!

Hah,anak sekecil 7-12 tahun pun faham mengapa kita perlu berkabung tetapi bagaimana mereka yang sudah berusia??Tepuk dada tanya selera..

Tetapi kemarahan itu tidak berpanjangan..akhirnya pada hari kedua (26/1/2010) saya melihat 100% warga sekolah telah turut berkabung...sangat seronok..akhirnya mereka yang tua pun faham!!!

Sunday, January 24, 2010

Akademi Fantasia 8

Assalammualaikum w.b.t...

AF8...masih lagi mengekalkan format ujibakat yang sama seperti tahun lalu..
memberi ruang kepada warga Singapura untuk menunjukkan bakat mereka di pentas Malaysia. Saya akui agak teruja untuk menunggu sessi ujibakat AF8 setelah beroleh pengalaman semasa AF7.Ujibakat yang berlangsung di The Zone,Stulang Laut pada 16 Januari yang lalu telah mengajar saya beberapa perkara.Apakah perkara tersebut?Akan saya huraikan satu persatu..

Hah..bila anda lihat banner di atas dan anda ingin menyertai ujibakat..pasti anda secara automatik akan terus ke laman web berkenaan dan membaca kesemuanya sehingga tiada satu pun huruf yang tertinggal..perkara sebaliknya berlaku pada saya..

Secara jujur saya akui,sebaik memasuki laman web Akademi Fantasia,dengan pantasnya saya memuat turun lirik lagu dan borang tanpa melihat tips yang diberikan..Al-maklumlah .. pengalaman tahun lepas masih berbekas lantas tips yang diberikan dilihat sebagai suatu pembaziran masa kalau dibaca..

Jadi pengajaran pertama..sila dapatkan maklumat lanjut yang disediakan!!


Bila kita berniat untuk menyertai sesuatu ujibakat..tidak kira apa ujibakat..kita perlukan latihan yang mencukupi supaya tidak nampak panik apabila kita sudah berdiri di hadapan penilai dan seterusnya mampu menyampaikan lagu yang dipilih dengan baik..Bagi musim ini,saya sudah berlatih dengan sepenuh tenaga dan usaha tetapi malangnya saya terlupa untuk switch off kan nervous mode yang sememangnya masalah utama sejak dahulu lagi..hahaha...

Pada peringkat pertama ujibakat,peserta harus menyanyi lagu wajib secara acapella (tanpa minus one atau sebarang iringan muzik).Setelah menunggu hampir 2 jam untuk diuji bakat,akhirnya saya bergerak masuk ke bilik Stage Satu dengan harapan nombor 177 yang dipakai akan memberi tuah kpd saya..




Tetapi..penantian selama hampir 5 jam dengan perut yang kosong rupanya hampa setelah saya dikick out dari stage pertama hanya kerana terkoyak sedikit pada bahagian korus lagu yang saya pilih..agak kecewa juga tetapi tak apalah..mungkin ada hikmahnya..insya ALLAH...
AF9..mungkin ya..mungkin ya!!!

Saturday, January 23, 2010

Johor 23/1/2010

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari yang sangat mendukacitakan terutama bagi rakyat negeri johor yang kehilangan seorang sultan berjiwa rakyat.Pemergian DYMM Almarhum Sultan Iskandar bukan sahaja bermakna negeri Johor telah kehilangan seorang pemerintah,tetapi juga kehilangan suatu permata yang telah membawa negeri Johor ke suatu tahapnya yang tersendiri..

Secara peribadi saya tidak pernah bertemu Almarhum secara empat mata.Tetapi berdasarkan cerita dan kisah yang saya dengar dan baca..dapat disimpulkan di sebalik kebengisan wajah Almarhum,terselit suatu kasih dan sayang kepada rakyatnya..



Perkara ini diakui sendiri oleh kakak saya yang pada suatu ketika sedang menikmati hembusan angin laut di Stulang apabila terdengar siren polis yang menandakan sesuatu berlaku.Dan seterusnya terlihat kereta Almarhum melalui jalan tersebut dan suatu yang memeranjatkan apabila Almarhum menurunkan tingkap keretanya dan melambai ke arah rakyatnya yang sedang duduk di situ.

Dan hari ini apabila saya melalui jalan yang berhadapan dengan Istana Besar Johor,terlihat bendera Almarhum yang diturunkan separuh tiang, pepohon yang suram dan muram,suasana petang yang hening menambahkan lagi kesayuan di hati..

Belasungkawa DYMM Almarhum Sultan Iskandar



1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.

Baginda telah mangkat pada 22/1/2010 pada 7.15 ptg di Hospital Pakar Puteri,Johor Bahru..

Al-Fatihah..

Daulat Tuanku..Jasa tuanku patik kenang...

Friday, January 22, 2010

Happy 2010..

...saya juga mempunyai azam.Berikut adalah azam2 saya :
1. Untuk mengupdate blog..
2. Untuk berhenti merokok..
3. Untuk mencari kekasih...



Jadi...apakah AZAM anda??

Happy 2010...

Assalammualaikum w.b.t...

Almost a year saya tak mengupdate kan blog ni...bukannya apa..agak sibuk dengan National Service , kehidupan seharian yang agak melelahkan serta pelbagai urusan lain..hehehe..walau bagaimanapun..niat di hati masih ada untuk update kehidupan diri yang tak seberapa ini...hehehe..

Mungkin tak ramai dari sahabat yang berada di luar sana meneyedari akan adanya blog ini..jika di post2 dahulu,tumpuan blog ini lebih kepada E-Diary saya,tetapi sempena tahun 2010 ini,kemungkinan blog picisan ini akan lebih kepada dunia realiti..iaitu pandangan amateur seperti saya terhadap isu-isu dunia..

Walau apapun..kehidupan saya akan tetap diupdate walau tak ramai yang ingin mengikuti tetapi cukuplah sebagai coretan kenangan agar dapat dibaca oleh generasi saya..



Gambar di atas bukanlah gambar kahwin saya..bukan niat nak jadi macam Azwan Ali propa..tapi sekadar imaginasi saya untuk perkahwinan...(lama lagi yer)...hahaha..

Mungkin agak terlambat untuk saya mengungkapkan ucapan2 klise Happy New Year..tapi seperti tahun2 yang lalu..saya bukanlah seorang yang terlalu obses dgn tahun baru...yela..asal tahun baru sahaja..semua mula untuk memasang azam @ resolution..

Azam ye azam..tetapi sejauh manakah kita melaksanakan azam tersebut??atau,apakah nawaitu kita semasa memikirkan azam tahun baru..adakah sekadar mengikut orang atau memang kita sendiri berazam untuk berazam...anda faham??

Jadi sempena 2010