AF8...masih lagi mengekalkan format ujibakat yang sama seperti tahun lalu..
memberi ruang kepada warga Singapura untuk menunjukkan bakat mereka di pentas Malaysia. Saya akui agak teruja untuk menunggu sessi ujibakat AF8 setelah beroleh pengalaman semasa AF7.Ujibakat yang berlangsung di The Zone,Stulang Laut pada 16 Januari yang lalu telah mengajar saya beberapa perkara.Apakah perkara tersebut?Akan saya huraikan satu persatu..

Secara jujur saya akui,sebaik memasuki laman web Akademi Fantasia,dengan pantasnya saya memuat turun lirik lagu dan borang tanpa melihat tips yang diberikan..Al-maklumlah .. pengalaman tahun lepas masih berbekas lantas tips yang diberikan dilihat sebagai suatu pembaziran masa kalau dibaca..
Jadi pengajaran pertama..sila dapatkan maklumat lanjut yang disediakan!!
Pada peringkat pertama ujibakat,peserta harus menyanyi lagu wajib secara acapella (tanpa minus one atau sebarang iringan muzik).Setelah menunggu hampir 2 jam untuk diuji bakat,akhirnya saya bergerak masuk ke bilik Stage Satu dengan harapan nombor 177 yang dipakai akan memberi tuah kpd saya..

Tetapi..penantian selama hampir 5 jam dengan perut yang kosong rupanya hampa setelah saya dikick out dari stage pertama hanya kerana terkoyak sedikit pada bahagian korus lagu yang saya pilih..agak kecewa juga tetapi tak apalah..mungkin ada hikmahnya..insya ALLAH...
AF9..mungkin ya..mungkin ya!!!
No comments:
Post a Comment