Pengikut Tinta Putera

Wednesday, January 27, 2010

Budak Sekolah pun faham!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Sebelum saya mulakan post untuk hari ini..Rakyat Johor masih dalam tempoh berkabung sempena kemangkatan DYMM Alamarhum Sultan Iskandar,Sultan Johor..Al-Fatihah...

******************************************************************************

Baiklah,mengapa tajuk post saya agak sinikal pada hari ini..Hmmm...Sebagaimana yang kita sedia maklum,rakyat Johor diwajibkan berkabung selama satu minggu bermula sabtu lepas bagi belasungkawa atas kemangkatan Sultan Johor..

Jadi,apabila perintah berkabung dikeluarkan,di mana lelaki muslim perlu memakai songkok yang dililit dengan kain putih dan wanita muslim memakai tudung putih.Bagi rakyat yang beragama selain Muslim,mereka perlu memaakai lilitan hitam di lengan kanan.

Pada saya perkara tersebut bukanlah sesukar mana,cuma seminggu sahaja...ya betul..SEMINGGU tempoh berkabung..sekadar memakai songkok dengan lilitan kain putih bukanlah perkara yang memerlukan nyawa untuk dipertaruhkan.

Walaupun anda yang membaca bukanlah rakyat Johor sejati tetapi tinggal di Negeri JOHOR,maka ingatlah pepatah melayu..Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung..kita harus ingat kerana walau kita bukan anak sehati negeri Johor,tetapi di Johorlah kita menikmati sebahagian ketenangan Malaysia...

Jadi,kembali ke tajuk post ini..saya bekerja di kedai buku di sebuah sekolah kebangsaan..pada hari pertama persekolahan selepas Almarhum mangkat,saya begitu apabila melihat hampir semua anak-anak dari darjah satu hingga darjah enam turut berkabung..Tetapi sangat marah apabila melihat ada sebahagian guru yang tidak turut berkabung sedangkan mereka sendiri maklum bahawa mereka yang bekerja di sektor kerajaan perlu mematuhi arahan berkabung..

Apabila ditanya dengan guru kaunseling sekolah tersebut mengapa ada sebahagian guru yang tidak berkabung,guru kaunseling tersebut menjawab mungkin mereka bukan anak sejati Johor dan saya terus terdiam..Entahlah...

Saya juga sempat bertanya dengan anak-anak comel itu mengapa mereka memakai songkok dengan lilitan kain putih dan juga memakai lilitan kain hitam di lengan bagi yang bukan muslim,mereka dengan yakinnya menjawab..Sultan sudah mangkat!!

Hah,anak sekecil 7-12 tahun pun faham mengapa kita perlu berkabung tetapi bagaimana mereka yang sudah berusia??Tepuk dada tanya selera..

Tetapi kemarahan itu tidak berpanjangan..akhirnya pada hari kedua (26/1/2010) saya melihat 100% warga sekolah telah turut berkabung...sangat seronok..akhirnya mereka yang tua pun faham!!!

No comments: