Pengikut Tinta Putera

Wednesday, March 31, 2010

Update..update...Tinta Putera Fauzan

Assalammualaikum w.b.t

Wah..dah lama rasanya TP tidak mengupdate Tinta Putera Fauzan ni..bukan apa yer...TP tersangat-sangat sibuk dengan kegiatan seharian yang tak pernah berkesudahan...aiyoo...

Dan kebelakangan ini,bermacam-macam kisah suka,duka,happy,sad,mengejutkan,surprising,gembira dan bermacam lagi kata adjektif yang boleh digunakan bagi mewakili perklembangan semasa...

OK..untuk post kali ini..TP akan compilekan kisah-kisah menarik,gossip..yerla..nak kejar deadline yang TP tetapkan sendiri..

Gossip pertama yang TP nak gebangkan adalah mengenai Akademi Fantasia 8..ala yang TP dok join auditionnya..tapi hampeh...hehe..Untuk musim kali ini,ayat pertama yang keluar dari mulut TP ialah..Bagai Sirih Pulang Ke Gagang..yerla..kali ini tenaga pengajarnya merupakan pengasas kepada Akademi Fantasia musim pertama (kecuali pengetuanya) yang telah menobatkan Vincent Chong sebagai Juara AF1.


Dan untuk pelajar-pelajarnya pula..untuk musim kali ini,sebahagian pelajar-pelajar AF8 didominasi oleh warga Borneo..Tahniah yer warga Sabah dan Sarawak..semoga kehadiran anda di persada seni akan memeriahkan lagi dunia entertaiment di Malaysia.Jadi apalagi..Mulakan AFUNDI!!!

Grafik ihsan daripada Akademi Fantasia 8


Kisah seterusnya berkait rapat dengan inspirasi TP..iaitu tidak lain dan tidak bukan..Dato' Siti Nurhaliza..Pada tanggal 30 Mac 2010,bertempat di Hotel Mandarin Oriental..Dato' Siti telah melancarkan SimplySiti..rangkain produk kecantikan seperti lip stick,compact powder dan bermacam lagi produk facial care..

Hmm..kalau korang nak tahu..inilah rahsia Dato Siti kekal menawan,anggun dan cantik...
Apa pun..tahniah kepada Dato' Siti kerana berjaya mengembangkan Empayar Siti Nurhaliza!!!Apapun TP nak tanya..produk untuk lelaki takde ke??kalau ada..confirm TP borong satu kedai!!!Nak jugak menjadi hebat bak Dato' Siti Nurhaliza



Gambar ihsan daripada Kak Rozi Abdul Razak..Thanks Kak Zee!!
Berita Mutakhir : Din Beramboi.penyampai radio ERA.FM dilaporkan koma...

Pada masa TP mendapat berita ni,TP ada kat kedai makan dengan member..malam semalam..kakak TP yang beritahu..memang tak percaya..yelah..selama ini,TP memang jarang la dengar Din Beramboi sakit..sama ada melalui media atau laman Facebooknya..

Al-maklumlah..kebelakangan ini,Din Beramboi sibuk berkempen supaya peminat mengundi beliau untuk kategori Penyampai Radio Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian..tup-tup bila dengar beliau koma,memang la tak percaya..

Tapi bila TP dengar ERA pagi tadi untuk segemn Riuh Pagi ERA yang turut dikendalikan oleh Aznil Nawawi,Pak Nil mengumumkan bahawa berita yang tersebar sejak dua hari lepas adalah benar..menurut doktor yang merawat Din Beramboi,darah Din Beramboi telah dijangkiti virus dan buat masa ini,pihak hospital masih tidak dapat mengesahkan punca penyakit Din Beramboi..

Buat masa in Din Beramboi telah dimasukkan ke Hospital Selayang dan beliau terpaksa menjalani dialisis bagi menggantikan darah beliau yang telah dijangkiti kuman.

Petikan Berita Harian Online :

"Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam."

Tetapi peminat Din Beramboi usah risau..menurut update daripada Berita Harian Online,Din Beramboi sudah stabil..alhamdulillah..

"Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma 'ditidurkan' oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan," katanya.
Nil Aina berkata, pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah."

Jadi,marilah kita mendoakan Din Beramboi agar cepat sembuh dan kembali memeriahkan Riuh Pagi ERA!!!





Wednesday, March 17, 2010

Gossip | Sabarlah wahai Seniwati Azean Irdawaty

Assalammualaikum w.b.t

TERKEJUT!!Itulah reaksi pertama TP bila dapat tahu yang Benjy,anak Seniwati Azean Irdawaty (AI) terlibat dengan najis dadah..siap ada makmal pemprosesan lagi..Siapa sangka,Benjy,yang kelihatan sangat manja dengan AI,yang dilihat sebagai artis ikon anak emak.memang tidak disangka-sangka..

Haish..apalah nak jadi dengan dunia hiburan masa kini,asal nama artis jer,mesti nak terlibat dengan dadah,alkohol,pil khayal dan pelbagai lagi perbuatan yang tidak bermoral..bukan TP nak menuduh semua artis berperangai negatif seperti itu..tetapi bak kata pepatah,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..hanya kerana segelintir artis yang berperangai negatif seperti itu,maka masyarakat akan melihat setiap insan yang bergelar anak seni memang berperangai tak elok..

Keluarga bahagia Azean Irdawaty
Bila kita sudah menjadi public figure,kita akan sentiasa diburu wartawan,peminat dan orang yang nak menjatuhkan kita..kalau boleh,ita pakai seluar dalam warna apa pun,peminat dan press nak tahu..Jadi sebagai orang yang dikenali atau Public Figure,kita harus sedar setiap tindakan dan perbuatan kita menjadi perhatian masyarakat..seharusnya,kita cuba mengelak untuk tidak berpelakuan negatif di hadapan public kerana dikhuatiri ianya akan mencalarkan reputasi dan rekod kita..

Berbalik TP semula ke cerita mengenai Benjy ini,Benjy merupakan pelakon yang hebat..setiap watak yang diberikan,TP perhatikan Benjy tidak pernah gagal dalam memberikan lakonan yang mantap..yelah mewarisi kehebatan lakonan Azean Irdawaty yang memang tidak dapat disangkal lagi..tetapi,tiada siapa menyangka bahawa anak seniwati terlibat dadah adalah Benjy..

Kepada Seniwati AI,TP doakan semoga AI tabah dalam menghadapi dugaan Allah..banyakkan bersolat dan megadu kepada ALLAH untuk mencari ketenangan..

Untuk Benjy,jika benar anda bersalah,kembalilah ke pangkal jalan..anda sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata...jika anda merasakan yang anda memang tak mahu berubah,kenangilah ibu bapa anda..Semoga ALLAH memberikan petunjuk kepadamu..

47,Kg Tanah Putih,Tanjung Sedili

Assalammualaikum w.b.t

TP NAK MINTAK MAAF DAN AMPUN DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI!!!!Bukan sengaja TP nak lewat-lewatkan mengupdate TPF tetapi disebabkan kekangan masa yang menyebabkan TP lewat untuk mengupdate TPF..hehehe...kasik ayat putar belit sikit..

2,3 menjak ni,TP sangat sibuk...weekend yang lepas,TP ada jemputan kahwin kat kampung..balik jer Senai,TP punya kawan kat UTP pun balik jugak..jadi most of time,TP dok sibuk spent time dengan dia..pergi ngeteh,pergi karaoke..balik-balik tengok jam dah pukul 3 pagi..apalagi...NGOROK lah kan jawabnya..hehehe...

Kali ini TP nak bercerita pasal kampung TP..Kampung TP terletak nun jauh di Kota Tinggi..actually tak jauh pun..dalam perjalanan ke Mersing..kira-kira satu jam setengah dari Senai..Nama kampung TP,Tanjung Sedili..Tanjung Sedili ni sangat terkenal dengan keropok lekor selain dari aktiviti perikanan...

Salah satu tarikan di Tanjung Sedili
Tanjung Sedili juga menjadi tempat tercatatnya sejarah apabila menjadi tempat kelahiran dua insan hebat di Malaysia iaitu Sasterawan Negara,Allahyarham Dato' Usman Awang dan Seniwati Allahyarhamah Rosiah Chik.Walaupun nama Tanjung Sedili tidak mendapat publisiti hebat di dada-dada media,tetapi bagi anak jati Tg Sedili,ianya tetap terpahat di hati..

Sebenarnya memang banyak kenangan indah TP di Tg Sedili...masih teringat ketika kecil,apabila abah TP kata nak balik kampung,TP memang sangat excited..yelah..nak jumpa sepupu-sepapat,pakcik-makcik dan tok nenek...pagi-pagi dah siap dah ni..dulu,abah akan chartered teksi balik kampung..kalau ada apa-apa event kat kampung,kitorang sekeluarga akan jadi orang pertama yang sampai kat kampung..kira memang semangat gila lah..oh ye..kampung TP terletak di Kg Tanah Putih,Tg Sedili...

Inilah rumah yang menjadi pujaan hati tiap kali balik kampung..Rumah tok!!
Tapi sekarang,tok dah tiada..semenjak tok tiada,rumah ni memang kitorang tak balik lagi dah..sewa kat orang..sampai la tahun 2008,pakcik dan makcik TP sepakat nak renovate rumah kenangan ni supaya kenangan yang lalu dapat dirasai oleh generasi Hj Abdul Hamid Pandak yang terbaru..biar mereka rasakan indahnya suasana kampung..dan buat pertama kalinya setelah sekian lama..kami semua berkumpul untuk Hari Raya Aidiladha pada tahun 2008..memang sangat seronok..tidur bergelimpangan kat ruang tamu..sarapan ramai-ramai dalam bulatan..berebut bilik mandi...memang sangat happening!!!

Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Abd Hamid Pandak (Cikgu Hamid) dan Allahyarhamah Hjh Asiah Abdullah...moga Allah mencucuri rahmat dan himpunkan roh tok dalam kalangan ahli Syurga Firdaus..amin..

Saturday, March 13, 2010

Raja Berdaulat Raja Disanjung

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum apa-apa..TP nak mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut sebab TP lambat update blog TP..bukannya apa ya..ada banyak sekali kerja yang perlu diselesaikan...mintak maaf sekali lagi..

OK..untuk post kali ini,TP nak ajak pembaca semua berangan seketika..ala,apa salahnya kalau berangan kan..sekali-sekali...hehehe..

  
Pernah tak terlintas dalam hati korang kalau suatu hari,bila korang bangun dari tidur,tiba-tiba orang mendapat surat dari Istana yang mengatakan korang adalah bakal pewaris takhta..kira macam korang ni sebenarnya anak raja yang diserahkan kepada orang kebanyakkan untuk dibesarkan??

Bakal Istana
Hah..tak macam gempak pulak kan..yela,selama ini,korang punya mindset ialah,korang adalah anak orang biasa,tup-tup kena tukar mindset jadi anak raja..macam mana korang nak sesuaikan diri korang dengan situasi yang lain dari yang lain dengan apa yang korang jalani sebelum ini...

Nak menyedapkan angan-angan,korang bakal dilantik menjadi Sultan dalam masa 3 bulan..pergh..tak macam Akademi Fantasia pulak ea..dan korang pun belajarlah etika,gaya,cara komunikasi seorang sultan..mestilah kena belajar,kalau tak macam mana nak membawa diri sebagai seorang sultan kan...


Selain daripada itu,korang diberi pulak istana yang besar,bilik tidur yang mewah,pembantu yang ramai,dan segala macam kemewahan yang hanya boleh didapati kalau korang jadi anak raja...

Dan,tiba-tiba..jeng..jeng..jeng...takkan korang nak berangan yang happy-happy jer..kena la ada anti-klimaks sikit...RUPA-RUPANYA..korang tengah berangan...hahaha....amacam gempak tak TP bawak korang semua berangan...kalau nak tahu,ini merupakan sebahagian dari angan-angan TP yang tak mungkin akan menjadi kenyataan..yela..saja je nak share dengan korang..mana tau..kot-kot korang pun ada angan-angan yang sama dengan TP...

Walau apapun..berpijaklah di bumi yang nyata..di bumi nyata,kita ada adat kesultanan yang perlu disanjung tinggi,zaman sekarang ni,TP tengok,ramai dah tak hormat pada Raja-raja Melayu..nak samam Sultan lah,hina Sultan dalam blog dan bermacam-macam lagi perbuatan yang boleh dikatakan mengKHIANAT intitusi Diraja..Sentiasa tancapkan dalam hati Rukun Negara yang ke-2 :

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Janganlah kita nak tunjuk yang kita lagi hebat daripada Sultan-sultan ini,apalah sangat jika nak dibandingkan status kita dengan Daulat Sultan..memang benar,manusia semua sama,tetapi perlu diingat,kita,orang melayu kaya dengan adat dan tatasusila.Jadi untuk memartabatkan semula MELAYU di mata dunia,sematkanlah kesetiaan kepada Raja dan Negara...

DAULAT TUANKU!!!!




JASA TUANKU PATIK KENANG!!

Thursday, March 11, 2010

Cinta Datang..Cinta Pergi

Assalammualaikum w.b.t..

Malam ni TP ingat nak layan feeling sikit la..nak bercerita pasal benda paling klise kat dunia ni..apalagi kalau bukan pasal..CINTA..mungkin ada yang berpendapat CINTA itu sesuatu yang membosankan,sesuatu yang tidakperlu diperkatakan lagi kerana semua orang telah mengetahui apa itu CINTA..

Tetapi sedalam mana anda mengenali CINTA??Adakah dengan pengalaman merasai CINTA,anda sudah berani mengatakan anda sudah master dengan CINTA..mungkin,CINTA sesama manusia,anda memang pro,tetapi CINTA kepada Tuhan,kepada alam sekitar dan pelbagai lagi perkara di dunia ini..


Semua orang ada pendapat tersendiri pasal cinta..Ada yang kata..Cinta tu semanis madu,ada yang kata cinta itu pahit bak hempedu..cewahh..berfalsafah sikit..Tapi setiap orang ada pendapat yang tersendiri pasal cinta..Pada TP,cinta itu sesuatu yang wajib dalam kehidupan manusia normal..yelah,kalau manusia tiada cinta,manusia itu memang tak normal dan itulah yang menyebabkan 3 kanak-kanak diserang di tadika,kes penderaan Allahyarhamah Safiyyah Umairah,anak dara ikut lelaki indon tinggalkan ibu bapa,dan bermacam lagi tragedi-tragedi yang menyayat hati...

Mungkin ada yang berpendapat seperti kes anak dara ikut lelaki indon adalah berpunca daripada perasaan cinta wanita tersebut kepada kekasihnya,tetapi TP berpendapat sebaliknya..Wanita tersebut tidak ada perasaan cinta..iyelah,cinta kepada ibu-bapanya,cinta kepada tanah airnya,cinta kepada budayanya,cinta kepada bangsanya dan cinta kepada agamanya..



Mesti ada yang pernah mendengar serangkap pantu ini..

"Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba Turutkan"

TP ada satu soalan,perlu ke kita mengikut apa yang ditulis dalam pantun ini??Kalau zaman dahulu mungkin ya..tapi zaman sekarang??wajar ke untuk digunapakai??Hmm..setiap orang ada pendapat sendiri..begitu juga dengan TP..apa yang penting,kembali semula ke pangkuan sejadah,solat istikharah,mengadu dengan tuhan...
Lagi dapat berkat...

"Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru."

Walau ada berjuta cinta di dalam dunia ini,CINTA KEPADA TUHAN tetap teragung..tiada tandingan...

"Ya ALLAH,Kau letakkanlah dunia di tangaku,
Bukan di hatiku..amin"


 

Saya ingin ke GATSBY DEODARANT STREET FAIR

Assalammualaikum w.b.t

Wah,TP rasa sgt bertuah krn tlh diundang oleh NUFFNANG utk ke Gatsby Deodorant Street Fair di Ruang Legar Ground Floor Berjaya Times Sq pada 17 Apr 2010 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang

Hmm..berbicara mengenai Gatsby,TP mula diperkenalkan dgn produk GATSBY pd tahun 1999 setelah terlihat iklan GATSBY yg amat menarik di tv.

Dan produk pertama GATSBY yg TP gunakan tentulah hair wax yg sgt tahan lama..org kata tahan 24 jam..hehe...

Untuk deodarant pulak,TP pernah menggunakannya dan ianya..hmm..oklah..mungkin TP ni bukan jenis org yg cepat berpeluh..



Mengenai GATSBY Deodarant Street Fair ni...memang TP nak sangat pergi..yela,mana tau boleh meluaskan empayar TINTA PUTERA FAUZAN selain dapat menambah pendapatan..hehe...Kalau pemvaca semua nak tahu,ada bermacam game yang menarik disediakan seperti membaling getah dan bergusti SUMO ala-ala Afdlin Shauki dalam SUMO...hehehe...

Mereka yang terlibat juga layak untuk menyertai cabutan bertuah bagi merebut hadiah seperti
barangan elektronik, komputer,telefon bimbit  dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Ok,kalau tak salah TP.pembaca yang nak join event ni,boleh naik monorail ke Stesen Imbi..alah kalau masih tak clear lagi,naik jer teksi,cakap nak pergi Gatsby Deodarant Street Fair,pastu ajak pemandu teksi tu sekali..Lagi meriah!!

Untuk maklumat lanjut,sila klik GATSBY Deodarant Street Fair

Apa-apa pun,TP nak ajak semua pembaca pergi redah BERJAYA TIMES SQ pada 17 April ni utk kita havockan lagi GATSBY DEODARANT STREET FAIR!!!

KITA JUMPA DI SANA!!

p/s:lupa plak nak bagitau...salah satu artwork di post kali ini adalah kredit untuk www.suterablogger.com
Terima kasih En.Bean!!!!

Wednesday, March 10, 2010

Dan Keputusannya...

Assalammualaikum w.b.t...

"Jeng..jeng...jeng....alamak nervousnya...boleh lulus ke tak ni...tak lalu makan...tak lena tidur...tak basah mandi..."

Baby pun nervous tau...
Hah,itulah luahan sebahagian daripada adik-adik tahun 1992 yang akan mengambil result SPM besok bersamaan dengan 11/3/2010...Tiba-tiba..TP teringat pulak kenangan masa nak ambil result SPM..memang sangat tragik..hehehe...

Nak tahu kenapa,sebab masa result diumumkan,TP dengan confident pergi ikut trip to Terengganu ..yelah,masa tu,TP memang tak ambil port pun pasal result SPM..sibuk sangat nak ikut trip tu...

Yang pergi ambil result pun abah TP..sekonyong-konyong la beliau pergi sekolah TP ambil result..TP confident gila bila cakap dengan abah suruh ambil result..jangan risau abah,confirm banyak A punya...

Last-last bila abah telefon beritahu result..hmmm..dapatlah TP 1A1 jer..aisehh..nak kata frust,memang frust la..tapi nasi dah jadi bubur..hehehe...

OK,nasihat TP pada adik-adik yang nak ambil result esok..bila dah dapat result,tak payah la nak nangis-nangis sebab result anda teruk..sepatutnya,adik-adik tanya pada diri sendiri,sejauh mana usaha adik-adik sewaktu nak ambil SPM.Jangan salahkan pemeriksa kertas sebab tak tanda betul kertas adik-adik,salahkan diri sendiri sebab mungkin jawapan yang adik beri dalam kertas jawapan tu tak menepati piawaian jawapan SPM..

Apa-apa pun,TP doakan kejayaan adik-adik..semoga mendapat result yang maha gempak yang mampu membanggakan ibu-bapa kita..kalau dapat keputusan yang cukup-cukup makan,jangan pula jadikan ia sebagai alasan untuk kita duduk malas belajar..

"Ilmu bukan hanya boleh diperolehi daripada sekolah atau universiti,
tetapi ilmu itu sentiasa ada di sekililing kita..
terpulang pada kita untuk merebutnya atau membiarkan sahaja ia berlalu dibawa angin KEMALASAN..." 

Inilah doa TP pada semua adik-adik TP yang akan ambil result esok..tapi date dia korang tukar sendiri ea..

Tuesday, March 9, 2010

Hujan tu Rahmat Tuhan...

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,setelah beberapa lama,akhirnya..HARI INI HUJAN...TP bukan la nak bercerita mengenai kumpulan Hujan,tetapi nak bergebang pasal Hujan..iye..H U J A N..

Kita pun dah sedia maklum bahawa lewat ini,hujan da macam da takda mood nak turun..mana taknya,lapisan ozon makin menipis,banyak sangat pencemaran,banyak sangat pembakaran terbuka sampai membuatkan hujan merajuk nak bermanja dengan kita..

Kan TP dah pesan,jangan buat pembakaran terbuka...


Apa yang menyebabkan hujan taknak turun,adakah kerana katak tak panggil hujan??TP rasa dah berbuih mulut katak tu panggil hujan,siap buat rancangan realiti lagi,Katak Idol,untuk memanggil hujan turun,tetapi malangnya 12 ekor katak yang menyertai rancangan tersebut dilaporkan pengsan setelah tak cukup air dalam badan untuk terus berusaha sehinnga ke minggu terakhir.Hahaha..melawak je..mungkin ini adalah amaran dari bumi supaya kita tidak lagi membuat pencemaran di atasnya...

Pengetua Katak Idol..hehehe...ada ciri pengetua tak beliau??
Apa pun semua yang berlaku adalah urusan ALLAH S.W.T,cuba kita lihat saudara kita di Mekkah yang jarang sekali menerima hujan,mereka masih terus kuat untuk menempuhi kehidupan malah semakin bertambah keimanan mereka kepada ALLAH S.W.T...itu sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita supaya kita menjadi hamba ALLAH yang lebih berkualiti..insyaALLAH...

Hujan itu Rahmat Tuhan...
Mudahan-mudahan selepas ini,sang hujan masih mahu bersahabat dengan kami...

Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Wanita Sedunia

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum memulakan post kali ini ,TP ingin mengucapkan,

SELAMAT HARI WANITA ANTARABANGSA

kepada semua insan yang bergelar wanita,ibu,kakak,makcik,nenek..Jasa anda TP amat hargai dalam menyeimbangi kehidupan kami para lelaki.

Sedikit info mengenai Hari Wanita Antarabangsa:

  • Bermula secara rasmi pada tanggal tahun 1910 di Amerika Syarikat.
  • Wanita Amerika mula merayakannya ke peringkat kebangsaan sejak tahun 1908
  • Pada mulanya,sambutan Hari Wanita Antarabangsa bermotif untuk menuntut hak asasi dan berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita.
  • Tetapi pada tahun 1910,seorang sosialis Amerika,Lena Hewis mengumumkan bahawa 8 Mac bukanlah untuk meraikan sesuatu tetapi ianya adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia.
Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini,TP harap,kita sayangilah semua insan yang bernama wanita.Bukan hanya pada tanggal 8 Mac,tetapi pada setiap hari kerana kita perlu ingat bahawa kaum wanitalah yang terpaksa berkorban masa selama 9 bulan mengandungkan kita walaupun mereka tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok.

SELAMAT HARI WANITA ANTARABANGSA

First Lady,No Bra...

Assalammualaikum w.b.t

Hah..pertama sekali TP nak berkongsi rasa gembira TP..nak tahu kenapa,sebab ingatkan selama ini,TP blogging,syok sendiri,rupa-rupanya ada pembaca...wah..terharu sangat..TERIMA KASIH DAUN KELADI,NANTI BACA LAGI!!!..

OK,tadi pagi.bila TP bangun,TP bukak la Berita Minggu..ingatkan ada berita-berita sensasi yang boleh diblogkan,dan..SAH..MEMANG ADA..tajuk artikel yang di muka 25 Seksyen Dunia Berita Minggu..

"Wanita Pertama Perancis tak pakai coli"

Hadoi!!Terkejut TP,rasanya memang jarang la kita nak dengar berita sensasi pasal Wanita-wanita Pertama ni atau juga disebut First Lady..yela,mereka inikan isteri kepada para Perdana Menteri yang ada kat dunia ni..isu sensitif kot...

Antara petikan artikel tersebut'

"Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy dilaporkan memeranjatkan ramai apabila muncul dalam satu majlis makan malam rasmi negara dengan mengenakan pakaian ketat tanpa baju dalam."

Confident dia ni berjalan tak pakai bra.

dah lah tak pakai bra,siap up lagi part dada tu..
hehehe..TP harap tiada la org Malaysia yang famous-famous buat perangai macam ni yer!!

*Gambar dari AP dan Reuters.

Sunday, March 7, 2010

Selamat Hari Kanak-Kanak Sedunia

Assalammualaikum w.b.t

Sekarang dah pukul 0429 pagi..hmm...Happy Belated Childrens Day untuk semua kanak-kanak yang berada di seluruh dunia..Semoga kalian sentiasa dikasihi ALLAH S.W.T dan mendapat kasih sayang,perlindungan dan jagaan yang secukupnya...Amin..

Sebenarnya dari tadi lagi TP nak buat satu post khas untuk perayaan hari ni..tapi.maklumlah,weekend2 macam gini,askar-askar TP yang comel belaka semua balik ke base..jadi kena lah melayan karenah diorang..tadi masa TP tengah buat post pasal Aiskrim Malaysia , tiba-tiba askar nombor dua claim laptop nak main game..hmm..tu yang terbantut hasrat...

Inilah askar-askar rasmi TP..

Kanak-kanak ni,TP umpamakan macam pokok,kalau kita siram air selalu,bagi baja yang terbaik,manjakan ia,ia akan memberi hasil yang bagus dan berkualiti.

Begitu juga dengan kanak-kanak,kita berikan kasih sayang yang tak putus seperti air mengalir.berikan ilmu yang bagus,manjakan mereka,tidak mustahil,mereka akan membesar menjadi orang yang berguna.

TP pelik dengan masyarakat sekarang,buat anak memang pandai..kalau SPM ada subject Pendidikan Buat Anak,TP yakin seratus peratus,masyarakat kita confirm dapat A1..siap ++ lagi..

Tapi bila bab jaga anak,hmm,mulalah,itu tak cukup,ini tak cukup,duit pampers lagi,duit susu la..TP bukan nak menunding jari pada semua orang,tapi segelintir masyarakat.Segelintir masyarakat ini pulak dibahagikan kepada beberapa kelompok.

Kelompok Pertama : Bagi anak kat orang suruh jaga dengan cara menyerahkan sendiri anak tersebut dengan cara mulia dan terhormat.Kelompok ini memang TP sangat simpati dan respek to the max.Pembaca lain pun tentu setuju kan??

Kelompok Kedua : Dah selamat melahirkan anak tetapi diletak di hadapan rumah orang atau masjid.Kelompok ini TP ada sikit rasa menyampah la...tapi masih lagi dikira bagus kalau nak compare dengan kelompok ketiga.

KELOMPOK KETIGA : BUANG BAYI,BAKAR BAYI BARU LAHIR.Kelompok ini,TP taknak cakap banyak..Mudah-mudahan ALLAH timpakan azab yang tak terhingga pada mereka.

Kanak-kanak adalah anugerah,rezeki dan amanah ALLAH kepada kita.Sayangilah mereka semua sebagaimanan kita ingin diri kita disayangi...

Saturday, March 6, 2010

Ais Krim Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Hmm...anda tahu tak apa itu Ais Krim Malaysia..ala yang 20 sen tu..zaman TP sekolah dulu-dulu la..dalam tahun 1997..sekarang agaknya berapa harga dia ea..

Askar-askar TP memang suka sangat makan ais krim Malaysia..jadi mak TP,malam sebelum diorang sampai,mak TP akan gigih di dapur dok bancuh air..ingatkan dapat la sikit air tu..rupa-rupanya,satu jam kemudian,da siap masuk plastik untuk disejukbekukan..

Paling best pasal buat aiskrim Malaysia ni,bila dia nak beku tu..hmm..memang best...cair-cair beku...superb...

Kalau pembaca rasa nak makan aiskrim Malaysia ni..jemput la datang rumah TP yer...hehehe...

Aiskrim Malaysia yang mak TP buat..sedap!!!

S9 Union Production House's First Baby

Assalammualaikum w.b.t..

Hari tu TP ada post pasal S9 Union Production House kan..inilah hasilnya..

"Pls Lock Your Car"

Ini pula link untuk behind the scene

Sila-sila...

Friday, March 5, 2010

Q Pinang Lagi!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Hmm..TP rasa gumbira sangat..sebab..TP dapat mencedok ilmu buat pelamin daripada bos-bos TP di Q Pinang iaitu En Ghazali and En Hazim..

Yelah..kalau post sebelum ni,TP ada beritahu TP buat bilik tidur kan kat Felda Taib Andak,kali ini di lokasi yang sama tapi pelanggan yang berbeza..yang hari tu kakak dia,kali ni adik dia..

Ingat senang ke nak buat pelamin..itulah apa yang TP fikirkan sebelum pergi buat pelamin..rupanya berbeza dari buat dekorasi bilik tidur pengantin..yela..nama pun bilik tidur..takkan nak heavy sangat kan..karang malam tak tido dok tengok deko jer laki bini..hahaha..

Pelamin Jerut merupakan satu lagi ciptaan ajaib dari Q Pinang.mula-mula TP pun tak faham,benda apalah pelamin jerut tu,rupa-rupanya,kalau pembaca nak tahu,Pelamin Jerut tu adalah gabungan kain-kain yang dijerut@diikit pada rhode iron supaya membentuk satu bentuk yang kreatif lagi dinamik..

Hmm..cakap banyak pun tak guna..apa kata..tengok sendiri..




Hmm inilah Pelamin Jerut yang TP dok hebah tadi..cantik kan...hmm..kalau ada sesiapa yang rasa nak kahwin,jemput-jemput la ke Q Pinang..harga pun berpatutan!!

Ok..TP nak ajak pembaca semua merasa satu kuih..memang famous..Kueh Tart...jemput-jemput la rasa ea..sangat sinikal dan sempoi...

Monday, March 1, 2010

Derita Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari

Assalammualaikum w.b.t

Pertama sekali,TP ingin menyampaikan salam takziah TP pada keluarga Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari..Al-Fatiha...

TP tertanya-tanya,setelah lebih 50 tahun kita merdeka,mengapa masih ada lagi manusia yang sanggup menganiaya kanak-kanak seperti Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari yang baru berumur 3 tahun dengan memberi arwah tekanan mental dan fizikal?Tak kesian ke si pelaku melihat arwah terseksa,mendengar tangisan arwah..bila TP bayangkan penderitaan arwah,terasa sebak dan sedih sangat...

Sepatutnya,kanak-kanak seperti arwah Syafia perlu dimanja bukan dipukul,perlu dibelai bukan ditumbuk,perlu disayang bukan disepak terajang..di mana nilai kemanusiaan sehingga kanak-kanak kecil yang dijadikan bahan pelepas amarah..

Menurut Berita Minggu,arwah Syafiah dipercayai didera secara berterusan oleh teman lelaki ibunya.Dan apa yang menyedihkan,arwah dikatakan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan dibawa ke hospital oleh teman lelaki ibunya.

Bila TP tengok Buletin Utama semalam,bila wartawan menemu ramah abang arwah Syafiah,sangat menyentuh hati apabila si abang memberitahu yang dia sangat menyayangi adiknya yang juga teman sepermainannya.Tambah memilukan,apabila atok arwah Syafiah tidak mampu untuk berkata-kata kerana sedih yang teramat bila memikirkan bahawa cucu yang disayangi meninggal dunia akibat didera..

Ibu arwah Syafiah memaklumkan pada Berita Harian bahawa dia sangat menyesal bertemankan lelaki kejam,panas baran,kurang sopan serta kerap mabuk..yelah..dah jadi macam gini baru nak nyesal..baru sekarang ke nampak perangai kekasih tu buruk,lepas satu anak dah mati baru terbau busuk kentut kekasih ke...Kalau lah ibu arwah Syafiah tu fikir panjang,dah nampak kekasih tu kaki mabuk,apa lagi,angkat kaki la..hmm...nasi dah menjadi bubur kan..

TP harap perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Janganlah turutkan sangat sayang pada kekasih sampai percaya nak suruh jaga anak hingga anak menderita kena dera pun kita tak sedar..

Al-fatihah buat Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari..
ku pasti kau berbahagia,
duduk di sampingNYA,
mendengar cerita,
SEGALA RAHSIA...