Pengikut Tinta Putera

Tuesday, March 9, 2010

Hujan tu Rahmat Tuhan...

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah,setelah beberapa lama,akhirnya..HARI INI HUJAN...TP bukan la nak bercerita mengenai kumpulan Hujan,tetapi nak bergebang pasal Hujan..iye..H U J A N..

Kita pun dah sedia maklum bahawa lewat ini,hujan da macam da takda mood nak turun..mana taknya,lapisan ozon makin menipis,banyak sangat pencemaran,banyak sangat pembakaran terbuka sampai membuatkan hujan merajuk nak bermanja dengan kita..

Kan TP dah pesan,jangan buat pembakaran terbuka...


Apa yang menyebabkan hujan taknak turun,adakah kerana katak tak panggil hujan??TP rasa dah berbuih mulut katak tu panggil hujan,siap buat rancangan realiti lagi,Katak Idol,untuk memanggil hujan turun,tetapi malangnya 12 ekor katak yang menyertai rancangan tersebut dilaporkan pengsan setelah tak cukup air dalam badan untuk terus berusaha sehinnga ke minggu terakhir.Hahaha..melawak je..mungkin ini adalah amaran dari bumi supaya kita tidak lagi membuat pencemaran di atasnya...

Pengetua Katak Idol..hehehe...ada ciri pengetua tak beliau??
Apa pun semua yang berlaku adalah urusan ALLAH S.W.T,cuba kita lihat saudara kita di Mekkah yang jarang sekali menerima hujan,mereka masih terus kuat untuk menempuhi kehidupan malah semakin bertambah keimanan mereka kepada ALLAH S.W.T...itu sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita supaya kita menjadi hamba ALLAH yang lebih berkualiti..insyaALLAH...

Hujan itu Rahmat Tuhan...
Mudahan-mudahan selepas ini,sang hujan masih mahu bersahabat dengan kami...

2 comments:

Unknown said...

kalau hujan dah tak nak berkawan dengan kita,habislah kita..bukan kita,tapi semua..semua yang bernyawa akan susah..

terkilan kadang2 ada segelintir orang yang menganggap hari hujan merupakan cuaca yang buruk,sedangkan hujan tu adalah rahmat tuhan.

Gusti Putera Fauzan Al-Attas said...

Betol 2 sendra..
itulah yg dnamakn,
org x tahu brsyukur..
menidakkan rahmat tuhan...