Pengikut Tinta Putera

Thursday, March 11, 2010

Cinta Datang..Cinta Pergi

Assalammualaikum w.b.t..

Malam ni TP ingat nak layan feeling sikit la..nak bercerita pasal benda paling klise kat dunia ni..apalagi kalau bukan pasal..CINTA..mungkin ada yang berpendapat CINTA itu sesuatu yang membosankan,sesuatu yang tidakperlu diperkatakan lagi kerana semua orang telah mengetahui apa itu CINTA..

Tetapi sedalam mana anda mengenali CINTA??Adakah dengan pengalaman merasai CINTA,anda sudah berani mengatakan anda sudah master dengan CINTA..mungkin,CINTA sesama manusia,anda memang pro,tetapi CINTA kepada Tuhan,kepada alam sekitar dan pelbagai lagi perkara di dunia ini..


Semua orang ada pendapat tersendiri pasal cinta..Ada yang kata..Cinta tu semanis madu,ada yang kata cinta itu pahit bak hempedu..cewahh..berfalsafah sikit..Tapi setiap orang ada pendapat yang tersendiri pasal cinta..Pada TP,cinta itu sesuatu yang wajib dalam kehidupan manusia normal..yelah,kalau manusia tiada cinta,manusia itu memang tak normal dan itulah yang menyebabkan 3 kanak-kanak diserang di tadika,kes penderaan Allahyarhamah Safiyyah Umairah,anak dara ikut lelaki indon tinggalkan ibu bapa,dan bermacam lagi tragedi-tragedi yang menyayat hati...

Mungkin ada yang berpendapat seperti kes anak dara ikut lelaki indon adalah berpunca daripada perasaan cinta wanita tersebut kepada kekasihnya,tetapi TP berpendapat sebaliknya..Wanita tersebut tidak ada perasaan cinta..iyelah,cinta kepada ibu-bapanya,cinta kepada tanah airnya,cinta kepada budayanya,cinta kepada bangsanya dan cinta kepada agamanya..



Mesti ada yang pernah mendengar serangkap pantu ini..

"Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Kerana Kasih Hamba Turutkan"

TP ada satu soalan,perlu ke kita mengikut apa yang ditulis dalam pantun ini??Kalau zaman dahulu mungkin ya..tapi zaman sekarang??wajar ke untuk digunapakai??Hmm..setiap orang ada pendapat sendiri..begitu juga dengan TP..apa yang penting,kembali semula ke pangkuan sejadah,solat istikharah,mengadu dengan tuhan...
Lagi dapat berkat...

"Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru."

Walau ada berjuta cinta di dalam dunia ini,CINTA KEPADA TUHAN tetap teragung..tiada tandingan...

"Ya ALLAH,Kau letakkanlah dunia di tangaku,
Bukan di hatiku..amin"


 

2 comments:

Aus MeLankoLik said...

lol , kau lak layan jiwang ni..
hohoo..
ape kes ?
tgh merisik awek ke >
hehe

Gusti Putera Fauzan Al-Attas said...

keh..keh..
aq pun nak jiwang2 gak..
takdelah bro,
actually xde idea nk tulis ape2..
tu yg aq dok merapu tulis entry nih..