Pengikut Tinta Putera

Monday, March 1, 2010

Derita Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari

Assalammualaikum w.b.t

Pertama sekali,TP ingin menyampaikan salam takziah TP pada keluarga Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari..Al-Fatiha...

TP tertanya-tanya,setelah lebih 50 tahun kita merdeka,mengapa masih ada lagi manusia yang sanggup menganiaya kanak-kanak seperti Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari yang baru berumur 3 tahun dengan memberi arwah tekanan mental dan fizikal?Tak kesian ke si pelaku melihat arwah terseksa,mendengar tangisan arwah..bila TP bayangkan penderitaan arwah,terasa sebak dan sedih sangat...

Sepatutnya,kanak-kanak seperti arwah Syafia perlu dimanja bukan dipukul,perlu dibelai bukan ditumbuk,perlu disayang bukan disepak terajang..di mana nilai kemanusiaan sehingga kanak-kanak kecil yang dijadikan bahan pelepas amarah..

Menurut Berita Minggu,arwah Syafiah dipercayai didera secara berterusan oleh teman lelaki ibunya.Dan apa yang menyedihkan,arwah dikatakan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan dibawa ke hospital oleh teman lelaki ibunya.

Bila TP tengok Buletin Utama semalam,bila wartawan menemu ramah abang arwah Syafiah,sangat menyentuh hati apabila si abang memberitahu yang dia sangat menyayangi adiknya yang juga teman sepermainannya.Tambah memilukan,apabila atok arwah Syafiah tidak mampu untuk berkata-kata kerana sedih yang teramat bila memikirkan bahawa cucu yang disayangi meninggal dunia akibat didera..

Ibu arwah Syafiah memaklumkan pada Berita Harian bahawa dia sangat menyesal bertemankan lelaki kejam,panas baran,kurang sopan serta kerap mabuk..yelah..dah jadi macam gini baru nak nyesal..baru sekarang ke nampak perangai kekasih tu buruk,lepas satu anak dah mati baru terbau busuk kentut kekasih ke...Kalau lah ibu arwah Syafiah tu fikir panjang,dah nampak kekasih tu kaki mabuk,apa lagi,angkat kaki la..hmm...nasi dah menjadi bubur kan..

TP harap perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua.Janganlah turutkan sangat sayang pada kekasih sampai percaya nak suruh jaga anak hingga anak menderita kena dera pun kita tak sedar..

Al-fatihah buat Allahyarhamah Syafia Humairah Sahari..
ku pasti kau berbahagia,
duduk di sampingNYA,
mendengar cerita,
SEGALA RAHSIA...

No comments: