Pengikut Tinta Putera

Wednesday, February 24, 2010

Warung Zack Corner..

Assalammualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan..

TEMPAT MAKAN MANA YANG BEST??

Ok,kali ini TP nak mempromosikan warung makan Zack Corner yang terletak di

Warung Zack Corner
TC-2-M , Jalan Lombong
81900 , Kota Tinggi

Bagaimana nak ke sana?baiklah,pembaca boleh ikut jalan ke Kota Tinggi,once sampai kat Kota Tinggi,pembaca ikut jalan ke Air Terjun Kota Tinggi.Tapi jangan samapai ke Air Terjun,bila sahaja pembaca nampak Masjid Jamek Kota Tinggi di sebelah kiri,dan simpang masuk ke Taman Kota Jaya di sebelah kanan,jalan terus ambil susur kiri.Warung Zack Corner hanya selepas simpang masuk ke Taman Kota Jaya..Kira tepi jalanlah...


Warung Zack Corner diuruskan oleh En Abd Razak dan isteri,Pn Ramlah.Sebenarnya dah lama Zack Corner ni dah ada..sejak TP kecil lagi.Kira kalau pergi Kota Tinggi,memang tak sah kalau tak ke Zack Corner.Antara variasi makanan yang ada seperti,Mee Hailam,Maggi Goreng,Mee Bandung,Nasi Goreng Kampung,Rojak Petis dan ada makanan Westesrn seperti Beef Stick dan Chicken Chop!!!Pergh..memang terangkat!!

Selain dari makanan yang TP sebutkan di atas,ada lagi satu menu yang TP rasa takkan ada lah kat warung-warung lain.Nama dia Mee Gulung..hah,Mee Gulung ni merupakan mee yang digulung dalam telur dadar dan akan dihidangkan sekali dengan sayur chap chai.Pembaca boleh pilih sama ada untuk menggunakan Mee Kuning,Bee Hoon atau Kuey Tiao..

Harga makanan kat sini memang berpatutan atau lebih tepat sangat murah dan apa yang pasti mementingkan kualiti dan kuantiti..dalam harga yang murah,pembaca boleh dapat makanan yang sangat banyak dan muai sangat...


Mee Gulung Zack


Chicken Chop

Masa beroperasi adakah dari 5.00 ptg hingga 11.00 malam..sebarang tempahan anda boleh menghubungi En Abd Razak di 07-8831919.Tapi di sekitar Kota Tinggi jer ea..hehehe...
Jadi,tunggu apa lagi..Jom pergi Zack Corner..Sekali cuba pasti nak lagi!!

Kahwin Lambok (akan datang)






No comments: