Pengikut Tinta Putera

Sunday, February 7, 2010

Muzium Diraja Johor



Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini,setelah hampir 11 thn saya hanya melalui kawasan tersebut,akhirnya terkabul jua impian saya untuk melawat sekali lagi MUZIUM DIRAJA JOHOR...

Sedikit sejarah mengenai muzium ini yg diperolehi mengatakan bhw,sultan johor berhasrat agar rakyatnya dapat melihat dgn jelas bagaimana kehidupan di istana,lantas memberi titah agar Istana Besar yg berhadapan dengan Pantai Lido dijadikan muzium...

Bersama dengan mak,angah dan juga sahabat baik saya,kami berempat menyelusuri sejarah sultan-sultan johor...
Ketika tiba di perkarangan istana,hati dipaut rasa yang teramat takjub melihat keindahan seni bina istana..dengan dinding putih dan bumbung biru,sudah cukup untuk kami merasa daulatnya seorang sultan..

Harga tiket yang dikenakan agak berpatutan..
RM4 utk rakyat jati Johor
RM5 utk rakyat Malaysia dan Singapura
USD 7 utk pelancong dari luar negara..



Setelah membayar harga tiket,kami dibawa ke SEKSYEN PERTAMA...

RUANG PAMERAN SULTAN-SULTAN JOHOR..

Ruang yang saya maksudkan bukanlah ruang yg sebenarnya..ruang ini lebih kepada sebuah istana kecil yang menempatkan sebuah balai mengadap sultan dilengkapi dengan sejarah negeri JOHOR.Di ruangan ini diperlihatkan segala gambar-gambar lama,biografi sultan-sultan,peta asal Johor..dan berbicara mengenai peta,rupa-rupanya di daerah Senai terdapat sebuah tempat bernama SIA CHU KANG..hmm..akan saya kenalpasti di mana tempat ini...kami juga dapat melihat sendiri darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan dan bermacam-macam lagi koleksi sultan2 JOHOR..

SEKSYEN KEDUA
-BILIK SINGGAHSANA

Ha,ini merupakan tempat favourite saya sejak kali pertama melawat muzium ini pada tahun 1999.Bilik Singgahsana ini lebih aura istananya kerana ia merupakan tempat bersemayan DYMM SULTAN DAN PERMAISURI JOHOR jika ada sebarang majlis rasmi.

(Info : Muzium Diraja Johor merupakan Istana Besar negeri Johor dan akan ditutup kepada awam sekiranya terdapat sebarang majlis rasmi)

Bilik singgahsana merupakan seksyen favourite saya..kenapa..dari bilik tidur sultan dan sultanah sehinggalah kepada alat kebesaran Diraja..semuanya dipamerkan di sini..sangat best..Lagi satu,kalau pembaca nak tahu bagaimana singgahsana DYMM Sultan Johor dan Permaisuri,kakinya berbentuk kaki harimau sebagai simbolik Negeri Johor..hmmm..hebat!!

SEKSYEN KETIGA
-KOLEKSI PERBURUAN

Ha,kalau pembaca semua nak tahu,kesemua Sultan-sultan Johor minat sangat memburu..dari pelbagai jenis haiwan..kalau anda nak lihat bagaimana rupa sang belang yang ditembak oleh Almarhum Sultan Johor..anda mesti singgah ke sini..Kami pun seram jugak melihat badak yang diawet,pak belang,gajah...huh..memang betul!!

SEKSYEN KEEMPAT
-KOLEKSI KHAZANAH

Di seksyen keempat ini pembaca boleh melihat sendiri koleksi-koleksi yang diterima oleh Sultan-sultan Johor dari serata negara..ada dari Jepun,Belanda dan pelbagai tempat lagi..Yang paling menarik perhatian,adalah persalinan tentera Tengku Mahkota Johor,Tengku Ismail sewaktu berada di India..

Apa-apa pun pengalaman melawat Muzium Diraja memang sangat menarik dan memberi peluang rakyat biasa merasai pengalaman berada di Istana...


No comments: