Pengikut Tinta Putera

Monday, February 22, 2010

S9 Union Production House.



Assalammualaikum w.b.t..

Apa-apa pun TP ingin memohon seribu ampun dan maaf kerana tidak mengUPDATEkan TPF untuuk sekian waktu yang sangat lama.Bukannya apa ya..TP agak sibuk dengan kegiatan seharian yang sangat melelahkan..hehehe..

Baiklah,post pada hari ini menerangkan dengan lebih jelas mengapa TP sangat-sangat sibuk kebelakangan ini.

S9 Union Production House (S9) ini adalah sebuah produksi indie yang mana diinspirasikan oleh sebuah camcorder HD.Tetapi,apa yang menarik ialah semangat S9 yang sangat berkobar-kobar untuk merealisasikan impian mereka iaitu untuk menubuhkan sebuah produksi sendiri yang mana TP sendiri terlibat secara langsung.

Untuk projek pertama S9 Union Production House ini,kami telah sependapat untuk menerbitkan sebuah safety ads "Dont be the next Victim".Safety ads yang berdurasi selama 1 minit 30 saat ini menggunakan sepenuhnya camcorder HD Panasonic dan diedit melalui perisian Adobe Premier Pro dan Adobe After Effect CS4 oleh Muhd Hafizie Che Mi.


Jadi untuk safety ads yang menggunakan jalan cerita persis filem Next (2007) ini mengisahkan tentang seorang pemandu yang tidak mengunci pintu keretanya sejurus menaiki kereta dan diparkir di tempat yang sunyi.Pembaca TPF boleh merujuk pada gambar di atas bagi mendapatkan situasi yang digunakan.Pemandu tersebut seolah-olah lupa bahawa dia berada di tempat yang sunyi dan masih sempat membetulkan tempat duduk,cermin belakang tanpa menyedari ada Orang Jahat yang ingin menyamunnya.

Sedang Pemandu leka membetulkan cermin belakang,secara tiba-tiba Orang Jahat membuka pintu kereta dan mencekik serta menyamun Pemandu.Sejurus Orang Jahat berlalu pergi,Pemandu tiba-tiba tersedar dari premonition yang didapatinya dan terus mengunci pintu keretanya.Dan pada waktu yang sama,Orang Jahat sedang berjalan di belakang kereta pemandu.

*Premonition : Firasat.Untuk memahami konsep premonition ini.pembaca boleh merujuk watak Phoebe (Alyssa Milano) dalam siri Charmed.untuk ads ini,Pemandu mendapat premonition apabila dia memegang cermin belakang.Dan bagi scene yang mana Pemandu dicekik oleh Orang Jahat,syot dirakam melalui cermin belakang.


Bagi menunjukkan yang Pemandu mendapat premonition,teknik imbas kembali secara kebelakang (reversing flashback) digunakan.

Safety Ads "Dont Be The Next Victim" menggunakan tempat letak kereta Plaza Seni aras bumbung sebagai lokasi penggambaran.TP telah diamanahkan untuk membawakan watak Pemandu dan watak Orang Jahat dijayakan oleh Muhd Fadzli Hamid.Safety Ads ini diarahkan oleh Muhd Hafizie Bin Che Mi.


Barisan Produksi,dari kiri Asila (jurusolek) , Hafizie (pengarah) , TP (Pemandu) , Xdzroll Azwan (jurugambar 2)

Safety Ads ini akan dilancarkan tidak lama lagi kerana pada waktu kini masih lagi dalam proses editing.


Pemandu dan Orang Jahat

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=ud-w4Ch85Cg