Pengikut Tinta Putera

Saturday, February 13, 2010

Demam Akademi Fantasia Bermula!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Salam sejahtera buat semua pembaca Tinta Putera(TP)..seperti yang pembaca dapat lihat pada tajuk post di atas,TP ingin anda mengingati semula betapa bahangnya penangan sebuah rancangan realiti AKADEMI FANTASIA...Bermula dengan Vince,Zahid,Mawi,Faizal,Mila,Stacy dan Hafiz,Akademi Fantasia telah melahirkan ramai lagi bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya atau boleh TP katakan lebih hebat dari sesetengah juara yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia.

Mungkin ada yang mencebik bibir atau tersenyum setuju dengan mukadimah TP..tapi itu adalah pendapat peribadi TP yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana anasir..hehehe..

Pada post ini,TP bukan ingin menceritakan tentang Juara-Juara AF yang telah lalu..tetapi apa yang TP ingin kongsikan adalah mengenai musim AF yang bakal tiba AF8.Seperti musim-musim yang lepas,selain dari pelajar-pelajar yang menjadi fokus utama Akademi Fantasia,tenaga pengajar turut menerima tempiasnya dan yang paling dinanti-nanti adalah siapa gerangan yang bakal menduduki takhta PENGETUA Akademi Fantasia.

Untuk AF8,pelbagai nama telah dicalonkan oleh peminat termasuklah TP sendiri untuk menduduki takhta PENGETUA ini dan sudah pasti Dato' Siti Nurhaliza menjadi pilihan TP...hahaha..jika ASTRO anjurkan peraduan SMS untuk para peminat memilih sendiri siapa PENGETUA yang mereka mahukan untuk AF8,TP akan bergolok bergadai untuk memastikan Dato' Siti Nurhaliza yang menduduki kerusi tersebut..hahaha..

Walaubagaimana pun,Dato' Siti Nurhaliza telah membuat kenyataan di akhbar bahawa memang ASTRO ada menawarkan beliau untuk memegang jawatan PENGETUA bagi AF8,tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut atas dasar tidak bersedia untuk memikul amanah yang diberikan..walau apapun,TP respek keputusan Dato' Siti dan sokongan TP pada Dato' Siti tidak akan pernah berubah..chewahh..

Jadi,pada tanggal 9/2/2010 bertempat di Hotel Hilton,Kuala Lumpur,barisan tenaga pengajar AF8 telah diumumkan.Agak mengejutkan TP kerana ASTRO telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sekali siapa yang menduduki takhta PENGETUA AF8..hmmm...

Seperti yang umum telah tahu bahawa Presiden KRU Records,Norman Abdul Halim telah dilantik sebagai PENGETUA AF8.Pada TP,pemilihan Norman sangat bertepatan dengan misi AF iaitu mengubah mimpi menjadi realiti..cuba kita lihat artis-artis di bawah naungan KRU Records seperti ELITE,X-Factor,Ezlynn..walaupun mereka mungkin sudah agak sepi dalam dunia hiburan hari ini,tetapi ramai yang masih mengingati mereka seperti ELITE dengan lagu Tamparan Wanitanya,X-Factor dengan Sehangat Api dan etc..

Gaya seorang Pengetua

Pemilihan Norman sebagai PENGETUA telah mencetuskan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi Pengetua TERMUDA dalam sejarah Akademi Fantasia..Tahniah Norman..pesanan TP kepada Norman,tidak bermakna kita muda, kita tidak mampu menandingi yang lebih tua.

Bagi Norman,branding adalah rahsia kepada kejayaan seseorang artis bagi mengekalkan popularitinya.Itulah senjata yang akan digunakan bagi mendidik pelajar-pelajar AF8 apabila AF8 membuka tirainya dengan Tirai Akademi Fantasia pada 13 Mac 2010 di Astro Ria (104).

Selain dari Pengetua,jawatan Pengacara AF8 tidak terlepas dari pandangan apabila ramai mensasarkan bahawa AC Mizal akan kembali sebagai pengacara AF8,TETAPI bukan nama AC Mizal yang diumumkan sebaliknya Pengacara Diari AF6 dan AF7,Sarimah Ibrahim dinaikkan pangkat sebagai Pengacara Konsert AF8 dan akan berganding bersama pengacara Trek Selebriti,Jimmy Shanley yang telah diamanahkan untuk mengambil alih tugas Sarimah sebagai Pengacara Diari AF8.Adakah kedua-dua gandingan bakal menyaksikan sesuatu yang BOOM dalam AF8,kita nantikan Konsert Mingguan Akademi Fantasia yang dijadualkan akan bersiaran bermula pada 20/3/2010.

Pengacara Konsert AF8 dan Debaran AF8


Pengacara Konsert AF8 dan Diari AF8


Kita telah pun mengetahui siapakah Pengetua dan Pengacara,tetapi jangan lupakan barisan penggerak Akademi Fantasia atau lebih mudah Tenaga Pengajar.Bagi AF8,TP dapat rasakan ianya seperti 'reunion' bagi tenaga pengajar yang lama dan ada juga satu tenaga pengajar yang baru..kenapa..berikut adalah senarai TENAGA PENGAJAR AF8 :

  • Guru Bimbingan Vokal (Teknikal) - Siti Hajar
  • Guru Bimbingan Vokal (Persembahan) - Adnan Abu Hassan
  • Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris - Fatimah Abu Bakar
  • Guru Seni Tari dan Koreografer - Linda Jasmine
  • Guru Drama dan Persembahan - Que Haidar


Jadi,dengan adanya barisan tenaga pengajar yang hebat ini,mampukah AF8 melahirkan bintang-bintang yang berbranding seperti yang dijanjikan pengetuanya,Norman...
Kita tunggu dan lihat...

"Mengubah impian menjadi realiti'

PASTI BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA

1 comment:

Anonymous said...

AF8 paling kurang sambutan. Isteri dan anak-anak saya yang ikuti dari AF1 hingga AF7 TIDAK LANGSUNG minat tonton AF8. Apa dah jadi ? AF8 tidak menarik dan tiada "demam" macam sebelumnya. Di pejabat dan sekolah tiada siapapun bercakap pasal AF8 ...