Pengikut Tinta Putera

Friday, August 12, 2011

Mari mengorek lubang di bulan Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t

Agak-agak uolss kan..ada tak unsur-unsur kekejian dan kehanjingan yang tertera dalam tajuk entry pada hari Jumaat yang mulia ini??

Kalau uolss rasa ada..sesungguhnya..

OTAK UOLSS KOTOR DAN KUNING!! KEJI KO MARIA!!!



Baiklah..hari ni ai bukan na cerita pasal benda-benda blue yg pastinya akan membuat sebahagian daripada uolss menyumpah dan menyeranah ai sebab mengurangkan pahala pose uolss..uolss ingat ai gila isim ke nak cerita pasal perkara-perkara yang menyebabkan uolss berimaginasi biru lantas meningkatkan percentage utk ai dipanah petir??

**nauzubillah uolss**

OK..dulu masa uolss sekolah kan..ustaz atau ustazah uolss mesti ada bercerita pasal perkara-perkara yang membatalkan puasa kan...seperti ini..


"Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan 
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. 
 Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun 
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 
 - Muntah dengan sengaja 
 - Mengeluarkan air mani 
 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 
 - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 
 - Menjadi gila 
 - Pitam sepanjang hari 
 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 
 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam"
source : www.muis.gov.sg

Lepas tu mesti uolss akan bertanya dengan lebih detail point no 2 ngan no 3 seolah-olah uolss mengalami kecelaruan dengan istilah yang digunakan walaupun uolss memang dah arif sangat dengan perkara-perkara tu kan....

Sekali lagi ai na tegaskan...ai bukan na bersurah pasal point no 2 dan no 3 di atas sebab yg ai jelaskan di awal mukadimah tadi.. **siyes..ayat cikgu zabedah yer**

Ai tertarik dengan frasa yg menyebut fasal "memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesihatan".


Kenapa ai cakap ai tertarik..ok..ai ada terbaca satu pendapat yang mengatakan bahawa memasukkan sesuatu di dalam rongga badan tidak membatalkan puasa.Hal ini disokong dengan fatwa yang dikeluarkan oleh :

  • Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar)
  • Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah)
  • Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara)
  • dan ramai lagi ilmuwan Islam.

Malahan Dr.Yusof al-Qardhawi turut menyatakan bahawa : 

"Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]"
source : disini

Jika ada yang berpendapat memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan adalah perkara yang membatalkan puasa,mereka bersandar kepada dalil :

"Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. 
[Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]


antara hadith lain...


berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi)." 
source : disini

OK..ini satu peringatan yang penting untuk uolss tatkala membaca entry ni..tujuan ai post entry ni adalah untuk berkongsi ilmu dengan uolss..tetapi harus diingat..ai bukan mengajak uolss ramai-ramai korek hidung dan telinga sekarang sebab ai rasa kita perlu meminta pendapat daripada orang yang lebih pakar seperti Majlis Fatwa Kebangsaan..ai pun tak confident nak korek hidong dengan telinga masa time puasa ni sebab dari kecik kita memang da diajar bahawasanya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mengorek hidong dan telinga adalah perkara yang membatalkan puasa.


Jadi peringatan kedua..kalau uolss rasa was-was..JANGAN BUAT!! tunggu jer pengumuman fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan..ada paham!!!


p/s : sila abaikan penggunaan ayat cikgu zabedah!!


p/s lagi : kalau uolss na mengikut sesuatu..pastikan uolss mengikut dengan ilmu..jangan mengikut mengkhinzir buta (membabi buta laaaa..)

No comments: