Pengikut Tinta Putera

Wednesday, February 24, 2010

Warung Zack Corner..

Assalammualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan..

TEMPAT MAKAN MANA YANG BEST??

Ok,kali ini TP nak mempromosikan warung makan Zack Corner yang terletak di

Warung Zack Corner
TC-2-M , Jalan Lombong
81900 , Kota Tinggi

Bagaimana nak ke sana?baiklah,pembaca boleh ikut jalan ke Kota Tinggi,once sampai kat Kota Tinggi,pembaca ikut jalan ke Air Terjun Kota Tinggi.Tapi jangan samapai ke Air Terjun,bila sahaja pembaca nampak Masjid Jamek Kota Tinggi di sebelah kiri,dan simpang masuk ke Taman Kota Jaya di sebelah kanan,jalan terus ambil susur kiri.Warung Zack Corner hanya selepas simpang masuk ke Taman Kota Jaya..Kira tepi jalanlah...


Warung Zack Corner diuruskan oleh En Abd Razak dan isteri,Pn Ramlah.Sebenarnya dah lama Zack Corner ni dah ada..sejak TP kecil lagi.Kira kalau pergi Kota Tinggi,memang tak sah kalau tak ke Zack Corner.Antara variasi makanan yang ada seperti,Mee Hailam,Maggi Goreng,Mee Bandung,Nasi Goreng Kampung,Rojak Petis dan ada makanan Westesrn seperti Beef Stick dan Chicken Chop!!!Pergh..memang terangkat!!

Selain dari makanan yang TP sebutkan di atas,ada lagi satu menu yang TP rasa takkan ada lah kat warung-warung lain.Nama dia Mee Gulung..hah,Mee Gulung ni merupakan mee yang digulung dalam telur dadar dan akan dihidangkan sekali dengan sayur chap chai.Pembaca boleh pilih sama ada untuk menggunakan Mee Kuning,Bee Hoon atau Kuey Tiao..

Harga makanan kat sini memang berpatutan atau lebih tepat sangat murah dan apa yang pasti mementingkan kualiti dan kuantiti..dalam harga yang murah,pembaca boleh dapat makanan yang sangat banyak dan muai sangat...


Mee Gulung Zack


Chicken Chop

Masa beroperasi adakah dari 5.00 ptg hingga 11.00 malam..sebarang tempahan anda boleh menghubungi En Abd Razak di 07-8831919.Tapi di sekitar Kota Tinggi jer ea..hehehe...
Jadi,tunggu apa lagi..Jom pergi Zack Corner..Sekali cuba pasti nak lagi!!

Kahwin Lambok (akan datang)






Jeans Levis Bundle

Assalammualaikum w.b.t

Sebelum TP mulakan post ini,TP ada satu soalan..

PERNAHKAH ANDA MEMBELI SELUAR BUNDLE?

Hmm,kenapa agaknya TP tanya soalan yang macam ni??Ok,kalau dalam post lepas,TP ada bagitahu yang TP ke U Mall @ Taman Pulai Flora untuk membeli kipas di musim panas..TP sempat la singgah ke sebuah kedai pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai "Kedai Bundle".Tujuan TP ke sana adalah sekadar sebagai salah satu aktiviti mencuci mata.Secara jujurnya,TP memang tak berapa gemar bebarang bundle ni..yela..kita tak tahu sapa owner pakaian tersebut sebelum ni.Entah ada penyakit kulit ke,kusta ke,kayap ke dan berbagai penyakit kulit yang bermula dari huruf 'K'..

Nak dijadikan cerita,TP terpandang la sehelai seluar jeans Levis,skinny cut..colour memang dah season,memang nampak cool..tengok harga...terbeliak mata..RM 25..kualiti memang ok..tengah-tengah dok belek seluar tu,kakak kedai pun datang menyapa TP.

Kakak Kedai : Nak beli seluar ke dik?

TP : Takdelah kak,tengok jek..(dalam hati cuba melawan bisikan nafsu yang suruh beli)

Kakak Kedai : Ni seluar bagus dik.Levis kot.Muat dgn adik ni.

TP : (eh,kakak kedai dah mula menghasut)..Kak,sorry tanya ea..bersih ke seluar ni?
TP rasa ini soalan bodoh yang spontan keluar dari mulut TP.

Kakak Kedai :Baru first time ke nak beli seluar bundle?

TP : hehehehe...(ketawa untuk menutup kebodohan diri)

Kakak Kedai : Adik,biasanya seluar atau baju second hand ni,kitorang dah cuci banyak kali dengan air panas,dettol dan sabun cuci baju biasa.Biasanya akan dicuci 3 hingga 4 kali.Bergantung pada ketebalan baju.

TP : Oh,macam tu ea?Jadi pakaian memang totally bersih la ea??

Kakak Kedai : Insya ALLAH..

TP : Okla kak,saya beli la jeans ni..RM 23 boleh??
(TP ni memang tak malu kan,dahlah banyak songeh,nak mintak kurang lg tu)

Kakak Kedai : Ala dik,kasik la upah sikit kat akak nie..penat explain kat awak..okla..RM 23 pun,okla!!

Maka..dapat la TP seluar Jeans Levis BUNDLE pertama!!!Tapi kan TP lupa nak tanya bab penyakit K tu..hmm..tawakal jelah..Mintak-mintak tak ada lah penyakit K nak hinggap kat kulit TP ea..amin...




Kedai makan kat mana yang best??(akan datang)

Tuesday, February 23, 2010

Capek...Penat..Fatigue



Assalammualaikum w.b.t

Adoi..sangat penat TP rasa 2,3 menjak ni..mana taknya..tido dah lah dalam lingkungan waktu 3-4 pagi...pastu 6.30 pagi dah bangun nak pergi kerja...nasib baik tempat kerja tak jauh...5 minutes walk..

Ni nak cerita sikit..semalam TP mengagahkan diri ke U Mall @ Taman Pulai Flora bersama kakak TP..alkisah,nak beli kipas kecik buat menambah angin di rumah..yelah,sekarangkan tengah musim pemanasan global..jadi panas dia tu,YA ALLAH...mandi 4 kali sehari pun tak cukup..pernah suatu masa tu,TP mandi sampai 6 kali sehari...punyalah panas..

Jadi,untuk mengelakkan pemanasan terus berlaku,TP pun request kat abah nak letak satu lagi kipas kat dalam bilik..yang jadi mangsa,kipas tinggi kat ruang tamu..maka berangkutlah TP kipas tersebut masuk ke bilik..hehehe..tidur memang best..sejuk jer..yelah..TP dok tala kipas tu setempat jerk kat TP...hahaha...

Tapi TP pergi U Mall semalam nak beli satu lagi kipas letak kat bilik kakak TP..dia pun dah complain panas jugak..hehehe..maka,kami adik beradik yang memang sudah keletihan sejak pagi pun menemui kipas idaman hatinya...Kitorang memang dari tengah hari dah bergadang sebab hantar kereta kakak pergi servis...4 jam menanti penuh keletihan..nak tunggu sebuah kereta siap servis,kena tengok 4 biji lori siap pasang tayar....huish...

Jadi,pada malam semalam,kakak TP telah dapat tidur dengan lenanya..dia pun tala kipas kat dia sorang jugak....hahahaha...

Pesanan awam,musim-musim panas ini,sila :
  • Minum air banyak-banyak (elak hidrasi)
  • Mandi banyak kali (elak badan busuk!!!berpeluh ketiak kan..panas!!)
  • Janganlah buat pembakaran terbuka!!!!

*Seluar Jeans 'Bundle' pertama TP.....(akan datang)

Monday, February 22, 2010

S9 Union Production House.



Assalammualaikum w.b.t..

Apa-apa pun TP ingin memohon seribu ampun dan maaf kerana tidak mengUPDATEkan TPF untuuk sekian waktu yang sangat lama.Bukannya apa ya..TP agak sibuk dengan kegiatan seharian yang sangat melelahkan..hehehe..

Baiklah,post pada hari ini menerangkan dengan lebih jelas mengapa TP sangat-sangat sibuk kebelakangan ini.

S9 Union Production House (S9) ini adalah sebuah produksi indie yang mana diinspirasikan oleh sebuah camcorder HD.Tetapi,apa yang menarik ialah semangat S9 yang sangat berkobar-kobar untuk merealisasikan impian mereka iaitu untuk menubuhkan sebuah produksi sendiri yang mana TP sendiri terlibat secara langsung.

Untuk projek pertama S9 Union Production House ini,kami telah sependapat untuk menerbitkan sebuah safety ads "Dont be the next Victim".Safety ads yang berdurasi selama 1 minit 30 saat ini menggunakan sepenuhnya camcorder HD Panasonic dan diedit melalui perisian Adobe Premier Pro dan Adobe After Effect CS4 oleh Muhd Hafizie Che Mi.


Jadi untuk safety ads yang menggunakan jalan cerita persis filem Next (2007) ini mengisahkan tentang seorang pemandu yang tidak mengunci pintu keretanya sejurus menaiki kereta dan diparkir di tempat yang sunyi.Pembaca TPF boleh merujuk pada gambar di atas bagi mendapatkan situasi yang digunakan.Pemandu tersebut seolah-olah lupa bahawa dia berada di tempat yang sunyi dan masih sempat membetulkan tempat duduk,cermin belakang tanpa menyedari ada Orang Jahat yang ingin menyamunnya.

Sedang Pemandu leka membetulkan cermin belakang,secara tiba-tiba Orang Jahat membuka pintu kereta dan mencekik serta menyamun Pemandu.Sejurus Orang Jahat berlalu pergi,Pemandu tiba-tiba tersedar dari premonition yang didapatinya dan terus mengunci pintu keretanya.Dan pada waktu yang sama,Orang Jahat sedang berjalan di belakang kereta pemandu.

*Premonition : Firasat.Untuk memahami konsep premonition ini.pembaca boleh merujuk watak Phoebe (Alyssa Milano) dalam siri Charmed.untuk ads ini,Pemandu mendapat premonition apabila dia memegang cermin belakang.Dan bagi scene yang mana Pemandu dicekik oleh Orang Jahat,syot dirakam melalui cermin belakang.


Bagi menunjukkan yang Pemandu mendapat premonition,teknik imbas kembali secara kebelakang (reversing flashback) digunakan.

Safety Ads "Dont Be The Next Victim" menggunakan tempat letak kereta Plaza Seni aras bumbung sebagai lokasi penggambaran.TP telah diamanahkan untuk membawakan watak Pemandu dan watak Orang Jahat dijayakan oleh Muhd Fadzli Hamid.Safety Ads ini diarahkan oleh Muhd Hafizie Bin Che Mi.


Barisan Produksi,dari kiri Asila (jurusolek) , Hafizie (pengarah) , TP (Pemandu) , Xdzroll Azwan (jurugambar 2)

Safety Ads ini akan dilancarkan tidak lama lagi kerana pada waktu kini masih lagi dalam proses editing.


Pemandu dan Orang Jahat

Saturday, February 13, 2010

Kasih tercipta,Anak merana...

Assalammualaikum w.b.t...

Sejak dua menjak ini kes pembuangan bayi semakin lama semakin hangat diperkatakan..kalau dulu TP lihat sudah agak jarang kisah-kisah seperti ini menghias dada akhbar,tetapi gejala ini sudah kembali lagi..aduh..di mana kemanusiaan kita sebagai khalifah.Ke mana hilangnya rasa simpati pada bayi yang baru hendak menikmati hidup dunia?

Macam gambar di sebelah ini,seorang pekerja India yang sedang menyapu sampah berasa pelik apabila melihat sekumpulan gagak sedang mematuk sesuatu di longkang berhampiran tempat dia menyapu.

Berdasarkan gerak hati yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena,dia segera menghampiri kumpulan gagak tersebut dan dia sangat terkejut apabila melihat objek yang dipatuk gagak tersebut adalah mayat seorang bayi!!!

Kenapa ya begitu manusia??kenapa tergamak untuk membuang bayi tersebut begitu sahaja di tepi longkang??kenapa tidak dihanta ke mana-mana rumah kebajikan??Bukan niat TP untuk menyokong mana-mana individu supaya membuang bayi,tetapi..entahlah...hmmm...

Pada mana-mana insan yang sudah terlanjur dan TERmengandung...bijaklah dalam membuat keputusan pada bayi-bayi yang bakal dilahirkan...janganlah menjadikan Malaysia sebagai negara BUANG BAYI ya...dan fikirlah...bagaimanakah perasaan bayi itu...hmmm...


Demam Akademi Fantasia Bermula!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Salam sejahtera buat semua pembaca Tinta Putera(TP)..seperti yang pembaca dapat lihat pada tajuk post di atas,TP ingin anda mengingati semula betapa bahangnya penangan sebuah rancangan realiti AKADEMI FANTASIA...Bermula dengan Vince,Zahid,Mawi,Faizal,Mila,Stacy dan Hafiz,Akademi Fantasia telah melahirkan ramai lagi bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya atau boleh TP katakan lebih hebat dari sesetengah juara yang dilahirkan oleh Akademi Fantasia.

Mungkin ada yang mencebik bibir atau tersenyum setuju dengan mukadimah TP..tapi itu adalah pendapat peribadi TP yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana anasir..hehehe..

Pada post ini,TP bukan ingin menceritakan tentang Juara-Juara AF yang telah lalu..tetapi apa yang TP ingin kongsikan adalah mengenai musim AF yang bakal tiba AF8.Seperti musim-musim yang lepas,selain dari pelajar-pelajar yang menjadi fokus utama Akademi Fantasia,tenaga pengajar turut menerima tempiasnya dan yang paling dinanti-nanti adalah siapa gerangan yang bakal menduduki takhta PENGETUA Akademi Fantasia.

Untuk AF8,pelbagai nama telah dicalonkan oleh peminat termasuklah TP sendiri untuk menduduki takhta PENGETUA ini dan sudah pasti Dato' Siti Nurhaliza menjadi pilihan TP...hahaha..jika ASTRO anjurkan peraduan SMS untuk para peminat memilih sendiri siapa PENGETUA yang mereka mahukan untuk AF8,TP akan bergolok bergadai untuk memastikan Dato' Siti Nurhaliza yang menduduki kerusi tersebut..hahaha..

Walaubagaimana pun,Dato' Siti Nurhaliza telah membuat kenyataan di akhbar bahawa memang ASTRO ada menawarkan beliau untuk memegang jawatan PENGETUA bagi AF8,tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut atas dasar tidak bersedia untuk memikul amanah yang diberikan..walau apapun,TP respek keputusan Dato' Siti dan sokongan TP pada Dato' Siti tidak akan pernah berubah..chewahh..

Jadi,pada tanggal 9/2/2010 bertempat di Hotel Hilton,Kuala Lumpur,barisan tenaga pengajar AF8 telah diumumkan.Agak mengejutkan TP kerana ASTRO telah mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sekali siapa yang menduduki takhta PENGETUA AF8..hmmm...

Seperti yang umum telah tahu bahawa Presiden KRU Records,Norman Abdul Halim telah dilantik sebagai PENGETUA AF8.Pada TP,pemilihan Norman sangat bertepatan dengan misi AF iaitu mengubah mimpi menjadi realiti..cuba kita lihat artis-artis di bawah naungan KRU Records seperti ELITE,X-Factor,Ezlynn..walaupun mereka mungkin sudah agak sepi dalam dunia hiburan hari ini,tetapi ramai yang masih mengingati mereka seperti ELITE dengan lagu Tamparan Wanitanya,X-Factor dengan Sehangat Api dan etc..

Gaya seorang Pengetua

Pemilihan Norman sebagai PENGETUA telah mencetuskan sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi Pengetua TERMUDA dalam sejarah Akademi Fantasia..Tahniah Norman..pesanan TP kepada Norman,tidak bermakna kita muda, kita tidak mampu menandingi yang lebih tua.

Bagi Norman,branding adalah rahsia kepada kejayaan seseorang artis bagi mengekalkan popularitinya.Itulah senjata yang akan digunakan bagi mendidik pelajar-pelajar AF8 apabila AF8 membuka tirainya dengan Tirai Akademi Fantasia pada 13 Mac 2010 di Astro Ria (104).

Selain dari Pengetua,jawatan Pengacara AF8 tidak terlepas dari pandangan apabila ramai mensasarkan bahawa AC Mizal akan kembali sebagai pengacara AF8,TETAPI bukan nama AC Mizal yang diumumkan sebaliknya Pengacara Diari AF6 dan AF7,Sarimah Ibrahim dinaikkan pangkat sebagai Pengacara Konsert AF8 dan akan berganding bersama pengacara Trek Selebriti,Jimmy Shanley yang telah diamanahkan untuk mengambil alih tugas Sarimah sebagai Pengacara Diari AF8.Adakah kedua-dua gandingan bakal menyaksikan sesuatu yang BOOM dalam AF8,kita nantikan Konsert Mingguan Akademi Fantasia yang dijadualkan akan bersiaran bermula pada 20/3/2010.

Pengacara Konsert AF8 dan Debaran AF8


Pengacara Konsert AF8 dan Diari AF8


Kita telah pun mengetahui siapakah Pengetua dan Pengacara,tetapi jangan lupakan barisan penggerak Akademi Fantasia atau lebih mudah Tenaga Pengajar.Bagi AF8,TP dapat rasakan ianya seperti 'reunion' bagi tenaga pengajar yang lama dan ada juga satu tenaga pengajar yang baru..kenapa..berikut adalah senarai TENAGA PENGAJAR AF8 :

  • Guru Bimbingan Vokal (Teknikal) - Siti Hajar
  • Guru Bimbingan Vokal (Persembahan) - Adnan Abu Hassan
  • Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris - Fatimah Abu Bakar
  • Guru Seni Tari dan Koreografer - Linda Jasmine
  • Guru Drama dan Persembahan - Que Haidar


Jadi,dengan adanya barisan tenaga pengajar yang hebat ini,mampukah AF8 melahirkan bintang-bintang yang berbranding seperti yang dijanjikan pengetuanya,Norman...
Kita tunggu dan lihat...

"Mengubah impian menjadi realiti'

PASTI BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA

Sunday, February 7, 2010

Muzium Diraja Johor



Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini,setelah hampir 11 thn saya hanya melalui kawasan tersebut,akhirnya terkabul jua impian saya untuk melawat sekali lagi MUZIUM DIRAJA JOHOR...

Sedikit sejarah mengenai muzium ini yg diperolehi mengatakan bhw,sultan johor berhasrat agar rakyatnya dapat melihat dgn jelas bagaimana kehidupan di istana,lantas memberi titah agar Istana Besar yg berhadapan dengan Pantai Lido dijadikan muzium...

Bersama dengan mak,angah dan juga sahabat baik saya,kami berempat menyelusuri sejarah sultan-sultan johor...
Ketika tiba di perkarangan istana,hati dipaut rasa yang teramat takjub melihat keindahan seni bina istana..dengan dinding putih dan bumbung biru,sudah cukup untuk kami merasa daulatnya seorang sultan..

Harga tiket yang dikenakan agak berpatutan..
RM4 utk rakyat jati Johor
RM5 utk rakyat Malaysia dan Singapura
USD 7 utk pelancong dari luar negara..



Setelah membayar harga tiket,kami dibawa ke SEKSYEN PERTAMA...

RUANG PAMERAN SULTAN-SULTAN JOHOR..

Ruang yang saya maksudkan bukanlah ruang yg sebenarnya..ruang ini lebih kepada sebuah istana kecil yang menempatkan sebuah balai mengadap sultan dilengkapi dengan sejarah negeri JOHOR.Di ruangan ini diperlihatkan segala gambar-gambar lama,biografi sultan-sultan,peta asal Johor..dan berbicara mengenai peta,rupa-rupanya di daerah Senai terdapat sebuah tempat bernama SIA CHU KANG..hmm..akan saya kenalpasti di mana tempat ini...kami juga dapat melihat sendiri darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan dan bermacam-macam lagi koleksi sultan2 JOHOR..

SEKSYEN KEDUA
-BILIK SINGGAHSANA

Ha,ini merupakan tempat favourite saya sejak kali pertama melawat muzium ini pada tahun 1999.Bilik Singgahsana ini lebih aura istananya kerana ia merupakan tempat bersemayan DYMM SULTAN DAN PERMAISURI JOHOR jika ada sebarang majlis rasmi.

(Info : Muzium Diraja Johor merupakan Istana Besar negeri Johor dan akan ditutup kepada awam sekiranya terdapat sebarang majlis rasmi)

Bilik singgahsana merupakan seksyen favourite saya..kenapa..dari bilik tidur sultan dan sultanah sehinggalah kepada alat kebesaran Diraja..semuanya dipamerkan di sini..sangat best..Lagi satu,kalau pembaca nak tahu bagaimana singgahsana DYMM Sultan Johor dan Permaisuri,kakinya berbentuk kaki harimau sebagai simbolik Negeri Johor..hmmm..hebat!!

SEKSYEN KETIGA
-KOLEKSI PERBURUAN

Ha,kalau pembaca semua nak tahu,kesemua Sultan-sultan Johor minat sangat memburu..dari pelbagai jenis haiwan..kalau anda nak lihat bagaimana rupa sang belang yang ditembak oleh Almarhum Sultan Johor..anda mesti singgah ke sini..Kami pun seram jugak melihat badak yang diawet,pak belang,gajah...huh..memang betul!!

SEKSYEN KEEMPAT
-KOLEKSI KHAZANAH

Di seksyen keempat ini pembaca boleh melihat sendiri koleksi-koleksi yang diterima oleh Sultan-sultan Johor dari serata negara..ada dari Jepun,Belanda dan pelbagai tempat lagi..Yang paling menarik perhatian,adalah persalinan tentera Tengku Mahkota Johor,Tengku Ismail sewaktu berada di India..

Apa-apa pun pengalaman melawat Muzium Diraja memang sangat menarik dan memberi peluang rakyat biasa merasai pengalaman berada di Istana...


Wednesday, February 3, 2010

From Senai , CIQ , Choa Chu Kang , Marina Barrage to Merlion...

Assalammualaikum w.b.t...

Bila anda lihat sahaja singa di atas,tentu anda dapat menjangka negara mana yang saya lawati..(actually saya berasal dari sana..hahaha)...Jadi post hari ini,saya akan bercerita bagaimana saya yang tidak pernah bergerak dalam Singapura menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta..(kalau cab ada la)..memang agak azab apatah lagi bila nada membawa orang yang memang tidak pernah ke Singapura...

Perjalanan kami bermula seawal jam 1730hrs (awal ker??)..destimasi pertama tentulah CIQ ea sebab kitorang perlu cop passport untuk ke Singapura..jadi,tiada masalah untuk saya m
enunjukkan jalan ke sana..lepas kami dah cop passport di imigresen Malaysia..maka bermulalah tugas saya sebagai penunjuk arah dan haluan untuk mereka...hahaha..kira dah macam tour guide la kan..

so,saya apa lagi,mula la meragas cari Map Singapore...nasib lah baik ada ambil kat City Square..jadi ada la map yang berguna untuk digunakan...

So..bila da lepas Singapore checkpoint,the first thing yang kita cari adalah..tempat untuk top up autopass...setelah puas merayau melalui BKE..akhirnya,saya mengarahkan untuk
mereka berhenti di Choa Chu Kang St 51...Limbang..Credit to Ain sebab bgtau kat mana 7-11 @ Limbang...

Lepas da topup autopass kat 7-11 @ Limbang,kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi shooting pertama..Marina Barrage..berdasarkan map yang tak seberapa yang saya ada,termasuk info dari Endang Artiqah..akhirnya...kami sampai ke MARINA BARRAGE!!!!...Saya sangat happy kerana percubaan pertama menjadi penunjuk jalan telah BERJAYA!!!!!hehehe....Di bawah adalah antara gambar yang dishoot di Marina Barrage..








Setelah kami puas bergambar ala-ala model Malaysian Next Top Model,kami pun bergerak ke destinasi kedua..Fullerton Park @ Merlion..Ni pun merupakan satu perjalanan memcabar kerana saya memang tak ada idea di mana tempat tersebut..Tapi betol kata orang,malu bertanya sesat jalan..berkat bertanya orang di sekeliling,perjalanan yang disangka payah..rupanya sangat mudah..maka dalam 15 minit kemudian,kami pun sampai ke Merlion...







Maka..setelah puas bergambar dan menghirup udara segar di kota singa tersebut,kami pun memutuskan untuk..chow..chin..chow...hahaha...pulang semula ke Malaysia..apa-apa pun pengalaman tersebut memang menarik dan memberi banyak pelajaran kepada saya terutamanya untuk membaca signboard jalan dan peta...

"Owh..uniknya,uniknya..

SINGAPURA"



Monday, February 1, 2010

Semalam bersama Q Pinang

Assalammualaikum w.b.t...

Gembira...
Itulah ungkapan yang saya rasa sesuai untuk gambarkan perasaan saya pada hari ini..Saya bersama rakan saya telah berpeluang untuk mempelejari bagaimana cara-cara untuk menyiapkan bilik tidur pengantin.Ceritanya bermula apabila lebih kurang pukul 5.30ptg,saya telah menerima panggilan telefon dari En Ghazali untuk membantu beliau bagi menghias bilik tidur pengantin di Felda Taib Andak..Saya agak teruja kerana sebelum ini tidak pernah mendapat pengalaman serupa itu..

Jadi lebih kurang pukul 9.00mlm,En Ghazali telah menjemput saya di rumah dan destinasi kami adalah Felda Taib Andak..Perjalanan sepatutnya mengambil masa lebih kurang 25minit sahaja,tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal,(saya menggunakan istilah "masalah teknikal" kerana tidak mahu menyebut bahawa kami sesat ke rumah pengantin atas sebab jalan yang gelap..hehehe)kami tiba satu jam kemudian..

Setelah mengupload semua barang yang diperlukan keluar dari kereta,kami terus ke bilik pengantin dan sempat melirik pada pelamin yang tersergam indah tetapi tak berapa nak indah la...



Gambar di atas adalah gambar curi...

Sebaik melangkah ke bilik pengantin,En Ghazali terus memulakan tugasnya dan saya bersam Sha diarahkan untuk membantu beliau dalam hal-hal teknikal seperti memotong dawai,menghulurkan kain dan semua kerja teknikal la..



Dan inilah hasilnya....



Jadi sekali lagi terima kasihpada En Ghazali kerana telah memberi peluang kepada kami...Thank you so much...Kalau ada job,panggil kami lagi k!!